8/17/17

Last Fling Before The Ring

Atau nama lain percutian ini, "Percutian Pinterest Level Achievement Unloocked".


Kali ini aku bersama dengan Manda dan Diah. Lama dah rancang nak ada trip sesama. Baru sekarang tercapai.

Kami tinggal di Kota Heritage Hotel yang ditempah melalui Agoda. Hotel ni berada pada kedudukan yang mudah akses pada mall, KFC, Starbucks. Paling dekat Domino's Pizza.

Aku ada cakap tak yang kami berada di Johor tadi? Haa, kami ke Kota Tinggi.

Paling menjadi godaan adalah MBO dan pusat karaoke. Nak naik lif pergi ke bilik, boleh pula ada papan tanda tunjuk arah pusat karaoke. Manda yang sememangnya percaya dia ada bakat dalam bidang nyanyian mula rasa pusat karaoke seakan melambai ke arahnya. 


Tapi Manda tak tahu yang Diah dan aku juga ada plan istimewa untuk dia.
Rencana ke Kota Tinggi sebenar adalah untuk ke kenduri kahwin Ag & Wahidah. 

Masa dalam perjalanan dari rumah Wahidah ke hotel ini aku belajar sesuatu mengenai Kota Tinggi. Rupanya Kota Tinggi ialah Daerah Pelancongan dan Bersejarah. Tapi masa yang singkat menyebabkan kami tak sempat melawat ke mana-mana.

Anyway, ini adalah rupa bilik untuk 3 orang yang kami tempah.

Sebentar lagi, bilik ini akan bertukar rupa untuk meraikan Manda.


Taraaaaaaaaaaaa!


Inilah suprise "bachelorette party" Manda dengan tema White Gold! Haha, saja gedik bertiga. Sebelum ni, ada banyak kekangan untuk travel sesama, jadi, trip ni terus pulun semua aktiviti; dari kenduri, tengok movie, party, sleepover apa segala. 


But wait!

The suprise does not stop there. Suprise lagi sebab aku tak tahu tiup belon. Jadi yang diraikan, kena tiup belon sendiri.

Belon-belon tu semua tiup sambil tengok movie Nerve dekat channel Fox Movies. Yes, Nerve Emma Robert and Dave Franco! Aku rasa nanti nak tengok lagi sekali sebab hari tu, aku tangkap gambar jadi ada part tak fokus tengok. Haha.


Sebabkan keesokan hari, kami perlu ke kenduri jadi kami tak mahulah nampak tidak bermaya. Jadi acara macam pakai mask menjadi pilihan. Pakai mask dan tertidur lepas dah gelak-gelak sampai 2 pagi.


Dan disebabkan bawal chiffon sekarang amat in trend sekarang dan bila pakai memang akan terletak cantik, kami tak ketinggalan untuk bersama trend.

Benda-benda simple macam jenis tudung ni menunjukkan how long we have spend time around each other. Dulu pandai ikat rambut, pakai bawal warna putih or cream je hari-hari. Sekarang sembang chiffon, voile, satin, satin matte, cotton segala.


Macamana power pun ber-party, kami tetap bangun pagi untuk breakfast. Memang bijak untuk pilih "breakfast included" dalam tempahan hotel. Jadi, boleh makan sebaik sahaja buka mata tanpa berbalah arah tempat sarapan.

Harmoni sekali gabungan warna dalam gambar juadah sarapan kami seperti harmoninya kami pagi itu.


Pukul 12 check out, kami menuju ke rumah pengantin (Ag)!

Dan untuk yang diraikan hujung minggu lalu, Ag & Wahidah; selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.


***


Lain-lain tempat:

2. Sabah PT 1, PT 2
5. Penang PT I, PT II, PT III

6/5/17

"Apa Yang Ada di Hujung Dunia?"

"Aimi tahu tak tadi guider tu tanya kita, 'apa yang ada di hujung dunia?'"

"Awak jawab apa?"

"Kita jawablah, 'ada awak dan saya'."

Aku dah tergelak-gelak. Ain memang selamba dia je. 

Aku tanya lagi, "Lepas tu jadi apa?"

"Krik krik jelah."

"Yang bergurau dengan orang baru kenal macam tu buat apa!"

"Tak pelah #SisCuba."

"Habis tu 'apa yang ada di hujung dunia'?"

"Jawapan dia, A. Hujung 'dunia' apa lagi. Mestilah 'A' kan."

"Astaga!"

***

Masih ingat RM 200 sebab tak dapat beli tiket konsert Ed Sheeran?

Trip 2 hari 1 malam ini belanjanya RM 199.

Tambah RM 70 untuk bas dari BTS ke jeti. Kalau ada lagi duit lebih RM 20, boleh beli T-shirt kenangan.

Trip kali ni aku pergi bersama Ain, Shiera, Fatin Amirah dan Diah. Lega hati bila berhimpun kat LRT BTS masing-masing bawa beg macam nak pindah rumah. So tak malu sorang sorang.

Lokasi kami akan diketahui bila anda berganjak membaca perenggan seterusnya. 


12 tengah malam kami pun bertolak menuju ke jeti menaiki bas. Tangkap gambar pun macam tak menentu hala sebab beg penuh kat tangan. Nak kejar kawan kat depan lagi. 


Setelah briefing ringkas, sekitar 8 pagi kami bergerak meninggalkan jeti Hentian Royal Belum dan memasuki dunia tanpa internet. 

Ya. Royal Belum kami datang!


Setelah dua jam perjalanan, lokasi pertama kami adalah Kampung Aman Damai. 


Kampung Aman Damai ini didiami oleh Orang Asli yang terdiri daripada suku kaum Jahai.


Setelah memberi sedikit sumbangan, beramah-tamah serta bergambar tibalah masa untuk kami makan tengah hari. 

Kebanyakan gambar tengah makan tak tangkap, sebab busy makan. Makanan sedap-sedap dalam trip ni. Bila dah petang sikit, kami pun menuju ke Sungai Kooi.


Nak ke Sungai Kooi ni kena trekking/hiking sikitlah. Masa ni lah nak kenal jenis pokok dalam hutan.

Kurang dari sejam tibalah kami di ...


Sungai Kooi ni air macam shower. Dia tak ada tempat nak berenang atau menyelam. Berdebar jugaklah nak melangkah kat batu-batu tu. Tapi bila sampai bawah air tu, fuh, sejuk.

Baju yang basah hasil bermain-main air di Sungai Kooi tadi tak perlu tukar. Sarungkan jaket keselamatan. Dunia terbentang luas untuk kita mandi!

Aktiviti seterusnya, berkubang dalam tasik dan main rakit!  


Cuaca elok sepanjang hari. Cuma petang tu, dalam pukul 6 bunyi guruh dan langit gelap. Jadi, yang kuak lentang, renang berirama semua tadi tu dah kena berhenti lah.

Tapi tak apa, sebab malam ada aktivti BBQ.


Haa, ni mujur ada 2 gambar ni. Kawan-kawan yang baik hati sedang masakkan makan malam. Harapkan ktorang, jadi juara congkak bolehlah. Lepas BBQ, ada ice breaking sikit dan dengar kisah-kisah di sebalik Royal Belum.


Hari kedua bermula. Masa untuk tangkap lebih banyak gambar. Cuaca pun memang berpihak pada kita.


Setelah warming up, kami menuju ke Sungai Ruok. Ahha! Sungai kali ni bukan sahaja boleh berendam. Malah berendam dengan ikan kelah.

Tapi masa kami berlima sampai ikan kelah macam dah kekenyangan. 

Dalam gambar nampak tak nampak je.


Air dia memang sejuk. Dan ada tempat kaki tak jejak dasar. 


Dalam basah-basah mandi air terjun tu, kami pergi hiking untuk menjejak bunga Raflesia. Trek dia agak mencabar. Patutlah buka-buka je mata dah kena warm up.

Cuma bunga Raflesia tak berkembang lagi masa ni. Kena tunggu sebulan macam tu kot. 


Sebelum sampai sini, ada jugak kami baca blog pasal trip ni. Ada jugaklah yang menyebut hal pacat. Syukur, kami dijauhi dari digigit pacat. Mungkin juga kerana masa kami pergi tanah agak kering sebab tak hujan.

Pulang dari Sungai Ruok, masa untuk makan tengah hari.

Dan pulang. Dalam perjalanan pulang tu sempat lagi lah photoshoot apa segala.

Gambar di bawah menunjukkan port and pose kegemaran kami.


Dan jika anda, tertanya-tanya di mana kami tinggal dan bagaimana kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat, jawapannya adalah: 


Ya, kami menginap di dalam houseboat. Houseboat ni turut membawa 2 speedboat dan 2 rakit. Jadi, untuk bergerak ke tempat macam Sungai Kooi dan Sungai Ruok tu, kena naik speedboat pulak. Exciting kan! Aku memang suka naik bot.

Dan sebenarnya, bersama ktorang ada lagi 44 orang dalam trip ni.

Anyway, untuk check pakej yang ditawarkan boleh seacrh: Caravanserai Holidays

***
Trip ni sangat remarkable untuk aku, salah satunya sebab naik houseboat memang ada dalam bucket list aku.

Dapat pulak pergi dengan Fatin Amirah yang memang dari sekolah selalu pergi camping sama-sama. Siap recall dulu masa pergi camping ktorang tak ada pun backpack dan sleeping bag. Bawa beg balik kampung dengan selimut apa je entah. Dengan trip ni, dapatlah ktorang tidur sebantal kembali. 

Kah kah, padahal zaman camping dulu tidur atas beg balik kampung masing-masing je.

Fatin juga yang contact Caravanserai walaupun aku yang jumpa nombor tu sebab aku tak berani. Haha!

Aku, Shiera dengan Ain masa sekolah duduk sebelah-sebelah. 

Semenjak masuk 2017 ni, aku kerap juga jumpa Shiera. Boleh kata every week. Trip ke Escape Park tu pun, aku pergi atas ajakan Shiera. Dalam trip ni Shiera menyelia bahagian fotografi ktorang. Haha! Semua orang akan ada gambar di angle yang sama.

Bila trip dah bermula baru aku sedar rupanya aku tak pernah pergi mana-mana tempat yang perlu bermalam dengan Ain. Haa, baru tahu macamana lengkap Ain punya bawa barang. Segala spray ada. Sebelum masuk hutan, dia spray aku dengan mosquito repellent dari kepala sampai kaki.

Dan aku happy sebab dapat kenalkan Diah pada kawan-kawan sekolah aku. Diah macam banyak tolong aku kat KL dan ktorang macam every week juga jumpa. Benda paling power yang dia bawa dalam trip ni (selain GoPro) adalah extension plug! 

Antara soalan top yang aku dapat bila pulang dari trip adalah: Toilet kat sana macamana? Habis tu duduk macamana ramai-ramai dalam bot tu? Kalau tak pandai berenang macamana?

Jangan bimbang, semuanya Tak Ada Masalah!

***


Lain-lain tempat:

2. Sabah PT 1, PT 2
5. Penang PT I, PT II, PT III

5/27/17

RM 200 dan Melankolik ÷

Now Playing: Fall - Ed Sheeran

 "Kenapa kau tak join workshop semalam?"

Aku tersedak sikit ketika diajukan soalan itu.

Biar aku terus-terang sahaja tentang hujung pangkal kisah ini.

Aku ada RM 200.

Tapi aku cuma boleh pilih 1 aktiviti. Aku lepaskan peluang untuk ke bengkel Writing for Children and Teenagers dan pilih untuk tempah tiket ke konsert Ed Sheeran.

*

Ingat lagi kisah Ed Sheeran Live in KL 2 tahun lalu? 
Tak apa, boleh imbas kembali melalui pos ini: 16 Mac 2015 Pt.1, 16 Mac 2015 Pt.2

Masa itu pun tiket cepat juga habis.

Tahun ini Shape of You ada di mana-mana. Aku patut dapat jangka yang persaingan akan lebih sengit lagi.

Aku sasar untuk dapatkan tiket RM 198.

Tiket ni kawan aku yang akan belikan sebab aku belum ada perbankan online lagi. Dia selalu pantas dalam segala hal. 

Dia terlalu pantas sehinggakan sekarang dia tiba-tiba berada di Australia. Sedangkan ramai yang menyangkakan dia pulang menyambut Ramadan di Perlis. Sebelum itu, dalam minggu yang sama dia telah ke Singapura.

Setelah semua research tentang konsert Ed Sheeran dibuat, kami pun sama-sama standby tunggu 10 pagi, 15 Mei. Itu ada lah waktu portal membeli tiket akan dibuka.

Gambar pertama aku dapat pagi itu ada lah:


Boleh pula pagi tu, aku ada event syarikat yang perlu dihadiri. Aku pun dah terlupa pasal nak kena beli tiket.
Padahal sebelum-sebelum tu aku yang reply "okay! okay!" bila kawan aku cakap nanti ingatkan dia bila waktu untuk beli tiket bermula.

Satu lagi mesej aku terima, "Weh! Alamak page tu ter-refresh. Tak apa, aku try kat pejabat pulak." 

Mesej berikutnya adalah:


Dalam dup dap dup dap, terimbas detik tidak berjaya mendapat tiket konsert Coldplay di Singapura mahupun Thailand. Dan, sekali lagi... 


Ada lagi yang lagi pantas dari kawan aku rupanya. Haha.

Esoknya portal berita online penuh mengatakan tiket konsert habis dalam 30 minit. Tak tahu nak gantikan istilah "sengit" dengan apa, untuk gambarkan persaingan ini.

Portal laman web konsert pun menunjukkan notis berikut:

IMPORTANT NOTICE 
Tickets for Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur 2017 are SOLD OUT.  
Should any ticket in any of the categories become available, they will be released for sale only online at www.prworldwidelive.com

Aku hanya mampu berdendang di Youtube (sekali lagi):

And say you’re with me tomorrow’s a brand new day 
 Someone told me, always say what’s on your mind 
And I am only, being honest with you, I 
I get lonely and make mistakes from time to time 
Se enioma enko ye (if thing’s aren’t going well) 
Bibia Be Ye Ye
Bibia Be Ye Ye, ÷ , Ed Sheeran  



Sedangkan tiket boleh habis dalam 30 minit. Takkanlah aku nak bermuram durja 3 hari pulak.
Memandangkan tiket konsert terlepas, bengkel penulisan pun terlepas juga. Oleh itu, dengan RM 200 itu aku telah membawa diri ke suatu tempat di tanah air. Nantikan laporannya dalam pos akan datang.

Salam Ramadan al-Mubarak.

5/10/17

Faktor untuk ke KL Forest Eco Park

Now Playing: Jampi - Hael Husaini



Hari tu Ain ada hantar Whatsapp, "awak dah tulis ke blog pasal tempat yang kita pergi hari tu?"

Aku blue tick je mesej tu.

Haha, tak mungkin aku sekejam tu. Aku reply, "Belum".

Sebabkan hari ni cuti, bolehlah aku tulis.

Pertama sekali, dalam pos ni tak ada include tempat makan minum sebab trip bersama Mas, Haziefa, Shiera, Ain, Shaz dan Ezzah ni ada yang rajin-rajin. Bawakan sandwich dan kek batik. Air mineral je bawa sendiri. Jadi, habis je canopy walk kami pun makan sebelum jalan-jalan dalam denai pulak.

Dah ada yang rajin-rajin, ada juga yang lapar-lapar ni haa. Jadi tak ada gambar ketika bersarapan. Haha!

Kalau nak jadikan kami sebagai teladan (membawa bekal), jangan lupa untuk buang sampah dalam tong sampah. Bukannya buang merata-rata.

Orait seterusnya, biar aku senaraikan perkara yang boleh menjadi faktor-faktor untuk KL Forest Eco Park atau Taman Eko Rimba KL dilawati:

1. Bajet - Masuk Percuma
2. Trek ringkas - Sesuai dikunjungi ketika cuti umum di tengah-tengah minggu (contoh macam sekarang cuti Hari Wesak = hari Rabu) ataupun nak "hu-ha" dengan kengkawan tapi masa terhad untuk buat trip jauh.




3. Ada canopy walk - Jadi, kalau tak dapat pergi FRIM sebab dah fully booked atau masih kumpul duit untuk fly melawat canopy walk di Sabah usah berduka! Boleh cuba di sini dulu.

Mana lah tahu, ada yang selama ni tak pernah discover diri seorang yang gayat ke apa.




Tangga berpusing. Hati-hati.






4, Di tengah-tengah Kuala Lumpur - Lebih spesifik di sebelah Menara KL. Jalan-jalan dalam denai tu tiba-tiba boleh keluar kat pintu Menara KL. Ada mini zoo kat situ.

Jadi, bolehlah rencanakan aktiviti lain selain window shopping di mall ketika cuti pendek mahupun kecewa tak dapat tengok The Bride sebab wayang penuh masa nak tempah online.


Curi-curi tangkap gambar Menara KL.

Trip #HighschoolGirlfriends with Shiera, Ain, Haziefa, Shaz, Ezzah & Mas.

5. Hal-hal lain - Selain dari canopy walk, ada beberapa denai yang boleh dilawati. Dalam denai tu ada juga jambatan dan pokok-pokok besar untuk dilihat,

Aku tak banyak tangkap gambar masa dalam denai ni sebab sibuk berjalan, tengok sekeliling dan of course, bersembang!


Aku sebenarnya agak teruja untuk tahu yang ada hutan simpan jenis dipterokarpa bukit sebab aku tak tahu pun ada hutan kat KL sebelum ni. 


6. Durasi - Aktiviti dekat sini tak makan separuh pun dari hari anda. Kalau pergi awal pagi, paling-paling pukul 1 dah boleh settle.

Haa, santai kan!

So, balik rumah bolehlah baca buku-buku yang dah dibeli kat PBAKL 2017 tu.

Makin nak penghujung PBAKL, makin dahsyat harga-harga yang ditawarkan.

Rasanya PBAKL tahun ni kembali meriah di PWTC. 

Yang sempat aku beli.

Sebenarnya, ada lagi buku yang aku nak...

Ok, nak pergi baca buku. Ciao!

***

Lain-lain tempat:

1. Solaris
2. Sabah PT 1, PT 2
3. Pangkor
4. Lata Medang, Lepok, Mossy Forest
5. Penang PT I, PT II, PT III
6. Bangkok

3/15/17

Escape to Penang, Escape in Penang

Now Playing: Baby - Justin Bieber ft. Ludacris

Penang, aku kembali lagi!

Kali ni dengan geng lain pulak. Fokus aktiviti pun lain. Tiba-tiba rasa Penang sangat besar dan ada banyak benda lagi tak explore.

Anyway, kali ni aku Penang bersama Shiera, Safwan, Ezzah dan Daniel. Highlight kunjungan kami adalah Escape Penang. Untuk aktiviti lasak ni, aku tak tahulah aku yang bersabar dengan dorang atau dorang yang besabar dengan aku. Kah kah!

Tiket kami tempah awal online. Jadi selepas bersarapan nasi lemak dan roti canai, kami pun terpacak di hadapan pintu Escape tunggu dijemput masuk.

Berdebar-debar untuk mengetahui potensi diri.
Matahari bersinar riang. Untuk orang terlupa pakai sunblock macam aku, aku banyakkan berdoa jelah tak terjadinya sunburn.

Masuk-masuk je dalam ni, rasa tak tentu arah. Tak tahu nak buat aktiviti mana satu. Mujur kami dikurniakan map yang Ezzah simpan dan Shiera dah buat study pasal tempat ni.


10.00 pagi dah terpacak depan pintu.
Handphone tak boleh bawa setiap masa. Sebab nak memanjat lah apa lah. Jadi tak dapatlah nak bermegah-megah merakam di insta story sepanjang masa. Haha!

Ada jugalah terakam gambar  aksi lasak mahupun muka takut atas tali sebab Daniel ada bawa GoPro.
Anyway, memang better pun simpan handphone dalam locker sebab tak ada wujud kerisauan bila nak buat sebarang aktiviti.

Selesai cabaran Monkey Business sempatlah bawa handphone jalan-jalan tangkap gambar itu ini.

Hipster 1.0

Bila dah kena berpaut kat tali perasaan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Tak dapat digambarkan dengan kata-kata 2.0. Dalam otak fikir tak sabar nak habis.
Masa buat Monkey Business ni otak asyik fikir, bila nak sampai kat stesen flying fox niiiiiiii. 


Hipster 2.0
Kerusi biru ni tempat lepak-lepak. Lighting pun elok sangat nak selfie selfish.

Habis kengkawan semua jadi ahli gimnas main benda ni. Aku je tak. Lepas tu semua tak puas hati.
Dah tibai macam-macam aktiviti, sampai jadi ahli gimnas, Tarzan, penari limbo segala. Kami pun lapar. Dalam Escape ni ada semua benda: kafe, tempat mandi, toilet, surau. Semua benda pun boleh settle dalam ni.

Beli combo (makanan+air = RM 22). Packaging so cuteeeeeeee!

Kenyang!
Selesai makan, kami pun menuju ke acara kemuncak iaitu: Tubby Racer dan Flying Lemur.

Tubby Racer ni dah memang lama aku perhati. Bila sampai, terkejut juga bila Shiera cakap kena tarik pelampung sendiri naik atas. Siap ada papan tanda "Zero Calorie Donut" kat tepi untuk naikkan semangat.

Masalah tarik pelampung settle, Safwan tarikkan untuk gegadis. Ktorang tinggal hike je ke atas.

Membebel jugak aku, nak kena tarik pelampung lepas makan. Haha!
Segala sungutan menaiki tangga hilang bila sampai ke platform paling tinggi untuk Flying Lemur. Flying Lemur ni gabungan 3 stesen untuk aktiviti flying fox. 

View ni macam side of Penang yang aku tak tahu.
"Fight the fright through the flight" salah satu petikan kata-kata di papan tanda Escape Penang.
Pesanan aku: walaupun sakit otot bila pulang, pengalaman dan kepuasan tu yang lebih bermakna.
(Haha tapi kau sabar jelah dalam kereta bila kawan kau berbunyi "adoi" setiap kali bergerak.)

Gambar ni sikit je dari apa yang kami buat. Ada banyak lagi. Sebab kami dari awal buka sampai orang dah nak tutup pintu pagar pun kami masih lagi kat dalam Escape ni. Aktiviti gini bukan selalu-selalu boleh buat. Lagi-lagi bila dah kerja.

***

Lain-lain tempat:

1. Solaris
2. Sabah PT 1, PT 2
3. Pangkor
4. Lata Medang, Lepok, Mossy Forest
5. Penang PT I, PT II
6. Bangkok