12/18/11

atmosfera temuduga

song played : seberapa pantas - sheila on 7

sidang hadirinnya berpakaian kemas dan sopan lebih dari biasa. membawa fail, sijil-sijil, portfolio dan segala yang diminta. segala kehendak acara cuba dipenuhi. ada yang menggigil, ada yang menggosok-gosok tapak tangan. seorang tersenyum, seorang lagi bermuka kosong. kedengaran juga tarikan nafas yang dalam, batuk-batuk kecil, sesekali nafas panjang dihela. semuanya menyembunyikan debar di dada atau mungkin keyakinan membara. yang sudah saling kenal duduk di dalam kelompok mereka, bercerita kerinduan serta pelbagai hal dunia. yang belum berteman, cuba ramah dengan orang sebelah. sesekali perbualan diisi dengan kejanggalan. kalau bertemu dengan bakal rakan sekelas dan kawan di masa akan datang, itu dikira bertuah. waktu berlalu. satu demi satu orang meninggalkan dewan menunggu menuju ke ruangan utama. bilik temuduga.

jawapan kepada soalan-soalan mereka, diberikan sudah. selebihnya kita hanya mampu berserah.


pulang ke rumah dan tidur.

12/17/11

menyusun sijil

song played : first love - adele

sedang menyusun sijil-sijil dan segala kemahuan temuduga kemasukan sarjana muda esok, mata aku tertancap pasa satu sijil. sijil berhenti sekolah.
Catatan Guru Besar : Seorang pelajar yang rajin dan ada kesungguhan.
boleh jadi, pelajar lain pun, guru besar tulis perkara yang sama. tapi aku harap esok, yang menemuduga aku, akan percaya kenyataan bekas guru besar aku ni.


selamat bertemu dan diduga esok. semoga kita semua berjaya !

p/s : akan berpakaian serupa seperti temuduga diploma dahulu.

12/15/11

berdiri di kaunter

Song Played : Dan - Sheila On 7

memandangkan ada 'sesuatu' yang penting perlu aku hadiri sabtu ini bersama 'sesuatu' yang perlu dituntut dari pejabat hal ehwal pelajar, aku kembali menjejakkan kaki ke (bekas) sekolah filem aku. aku bertolak dari rumah jam 4.00 petang. berbekalkan pengalaman yang aku ada, aku sasarkan aku akan sampai ke (bekas) sekolah filem sekitar 4.15 petang. ternyata, jangkaan aku tepat mengenai sasaran. turun dari kereta, aku pergi ke pejabat bendahari untuk beramah-mesra dengan bendahari di situ. siapa tahu kalau-kalau hatinya lembut dan aku tidak perlu membayar sebarang perbelanjaan untuk pengajian aku di masa akan datang. selesai, urusan aku di kaunter bendahari aku terus melangkah meninggalkan angan-angan untuk belajar percuma tadi. aku berjalan pantas untuk menuju ke pejabat hal ehwal pelajar, aku akui yang jantung aku dup dap dup dap juga risaukan pejabat hal ehwal itu tutup. masa sekarang menunjukkan 4.30 petang. sesetengah pendapat mengatakan pejabat itu tutup jam 5.00 petang, ada yang kata pula, pejabat itu tutup jam 4.45 petang. aku tak pernah siasat hal itu sepanjang pengajian atau mungkin aku terlupa. sampai sahaja di kaunter aku disambut dengan senyuman dan kata-kata 'awak ni, datang lambat-lambat.'


aku dengan termengah-mengah berkata 'saya baru sampai dari kampung'. semuanya benar. memang rumah aku 15 minit dari (bekas) sekolah filem itu tapi sebelum itu aku pulang ke kampung. sebab itu aku bertolak pukul 4.00 petang ke sekolah itu.


kemudian, aku meneruskan kata-kata untuk menyelesaikan 'sesuatu'. dalam perkiraan aku, 'sesuatu' itu akan selesai dalam masa 5 minit. bukan susah sangat pun, print, tandatangan, cop. namun, begitu, sasaran aku meleset jauh, bila aku perlu berdiri dengan kadar masa yang lama. boleh dikatakan, semua pamplet di kaunter aku habis baca dan semua surat-surat yang tidak dituntut juga aku sempat semak.


penjaga kaunter yang kagum dengan semangat aku yang tidak beranjak dari kaunter itu, akhirnya mengajak aku berbual-bual. sambil-sambil dia menaip pendaftaran pelajar baru (berdasarkan perbualannya dengan rakan sekerjanya sebelum ini). kafe dan dining yang ditutup kerana tidak menjaga kebersihan menjadi topik perbualan. kali ini kafe dan dining yang menjadi tempat makan pelajar pada waktu tengah hari ditutup selama dua minggu gara-gara kebersihan yang tidak dijaga. aku malas nak ulas sangat isu ni. setiap sem tak pun, setiap dua sem mesti ada je tempat makan pelajar ditutup. bila nak berubah woi.


buat yang berada di kolej semoga tabah. tak pun, boleh call domino's pizza delivery, hehe.


domino's pizza baru mesej aku promosinya yang terkini tadi tanpa diminta.

12/7/11

Kenapa '"Mahu Cuba Seperti Formspring" ?

bukan sebab rasa popular atau apa-apa.

Minggu aku buat post tu, aku tak ada idea untuk menulis. Aku tak suka bila aku tak ada idea. Jadi, aku tanya orang apa yang orang nak tahu pasal aku. Jadi, blog ini bersifat dua hala (sekali-sekala) dan syok sendiri (di kebanyakan masa). Aku tahu tak ramai akan tanya, pasal tu aku berani buat. Kadang-kadang jawab, banyak sangat soalan pun aku tak suka, haha ! Bila orang tanya sesuatu, orang tu telah menimbulkan topik, bila seseorang orang itu dah timbulkan topik, kau akan mula berfikir. Kemungkinan blok-blok yang membentuk tembok seterusnya mengakibatkan wrtier's block untuk akan tumbang satu-persatu.

If you do not know, which post I was talking about. It's here.

Dan berikut ada kompilasi kepada yang telah ditanya :

soalan #1 : first time gigi tercabut masa bila?

soalan #2 : kenapa perlu berahsia tentang kekasih hati ? kenapa tak sambung arkitektur ?

soalan #3 : Siapa ajar buat kapal terbang kertas? Apa package/syarat-syarat untuk seorang lelaki menjadi pasangan hidup anda? Untuk pertama kali kau jatuh cinta, apa kau rasa?


Untuk mengetahui jawapannya, klik lah pada soalan-soalan di atas.


Dan jelas sekali, antara sebab lain adalah kerana aku tak ada Formspring tetapi tidak merancang untuk membuat akaun lagi.

12/6/11

#4 : tak terfikir nak collaborate dengan author lain tulis zine i-me ? lagi tebal lagi masyuk!

- soalan dari Muhammad Ikhwan, Pemilik Kepada Dua Blog,


apa mukadimah yang sesuai untuk jawab soalan ni ? hmm. never mind, straight to the point.

sebenarnya, aku mula tulis zine dengan berkolaborasi dengan penulis lain dari 9BelasZine untuk NOKSS 1 dan 2. hanya selepas itu, baru aku berani decide untuk launch zine solo (I-Me).

jadi, untuk menjawab soalan di atas, aku ada terfikir tapi mungkin untuk isu 3 dan seterusnya nanti. al-maklumlah, sekarang masih lagi dalam tempoh pengenalan, cari market, ruang dan peluang dulu. isu 2 pula sudah dalam rangka.

apa pun, kita sama-sama tengok nanti macamana.

Bercakap pasal zine ni, nak buat satu pengumuman. I-Me dan Nokss yang diceritakan di atas akan dijual di meja yang sama di Boco! 2011 bersama beberapa zine lain. Datanglah beramai-ramai !

Selain itu, Zine I-Me juga boleh didapati di acara dua minggu sekali - Buku Jalanan.

Oh, lagi satu, aku telah dihubungi berkaitan dengan sukarela untuk menjadi runner untuk Zine I-Me (terima kasih). Sesiapa yang berminat boleh emel ke 'lifejournal94@yahoo.com' dengan tajuk 'Runner'. Kita boleh berbincang di emel dengan lebih lanjut. Cuma nak cakap awal-awal, benda ni tak dijanjikan apa-apa bayaran.

Terima Kasih Semua (:




sekian.

12/4/11

#3 : 3 Soalan Sekaligus, Aku Habak Kat Hang.

Soalan 1: Siapa ajar buat kapal terbang kertas? Soalan 2: Apa package/syarat-syarat untuk seorang lelaki menjadi pasangan hidup anda? Soalan 3: Untuk pertama kali kau jatuh cinta, apa kau rasa? Sila terangkan secara detail. Boleh jawab tak ni? XD

- soalan dari Cassy Patricel Junalis, Cikgu Gitar Bersara


selalu letak tajuk panjang-panjang ok je. kali ni tak boleh pula. rupanya lepas kira soalan ini lebih 40 patah perkataan. jadi, kalau nak buat tajuk entri, tak boleh lebih 40 patah perkataan.

disebabkan soalannya banyak, dan siap minta diperincikan pula, aku ambil masa lama nak jawab.

Soalan 1: Siapa ajar buat kapal terbang kertas?

Rasa macam tak ingat. Boleh jadi, adik lelaki atau kawan sekolah rendah.

Tapi ceritanya boleh jadi begini. Mungkin dari dulu, aku memang pecinta alam sekitar (dan akhirnya di tingkatan 5 aku memasuki kelab pecinta alam) menyebabkan aku tak suka koyak buku. Tak kira koyak separuh atau di bahagian tengah. Kalau kawan-kawan bagi kertas yang mereka koyakkan dari buku mereka tak apa. Aku rasa dari kertas-kertas yang dikoyak dari buku mereka ni aku belajar. Maklumlah, meja zaman sekolah rendah disusun berkumpulan. 4 meja disambung menjadi kumpulan. Dengan team yang inilah kau paling kamcing dan tak rasa bersalah sangat untuk tiru kerja rumah. Kawan-kawan lain, kita jumpa waktu rehat (atau mungkin pagi, petang dan ketika naik van sekolah).

Oh, lupa nak cakap, aku anggarkan waktu aku belajar buat kapal terbang kertas ini masa 9 tahun.

Selalunya, bila dah belajar dari kawan-kawan di sekolah, cuba praktis di rumah kemuadian beradu siapa punya lagi power dengan adik-adik. (Benda ini tak tertakluk pada aktiviti kapal terbang kertas sahaja. Contoh lain : Lawan Pemadam).

Selain dari, buat kapal terbang, kami juga kreatif buat bentuk baju kemeja, love, main magik, sampan dan sebagainya. Semuanya dibuat dengan duit RM 1, nilai tertinggi duit belanja zaman itu. Kemudian, kami bagi duit itu kepada mak cik kantin, bayaran untuk alas perut kami di waktu rehat. Terpaksa mak cik kantin buka 1 per 1 hasil seni origami kami. Maklumlah, tak mahu koyak buku dan membazir kertas.

Tapi sekarang aku tengok kualiti kapal terbang kertas ciptaan aku tak berapa power. Tak terbang tinggi atau jauh. Mungkin tertinggal satu step.

Soalan 2: Apa package/syarat-syarat untuk seorang lelaki menjadi pasangan hidup anda?

Tak tahu. Rasanya tak ada syarat. Buatlah syarat macamana pun, kalau dah suka, suka juga. Tapi kalau dah suka mesti bersebab.

(Aku rasa Cassy ni sekarang kerja dengan pejabat ejen cari jodoh.)

Soalan 3: Untuk pertama kali kau jatuh cinta, apa kau rasa? Sila terangkan secara detail.

Cinta pun tak tahu apa sebenarnya. Inikan pula jatuh cinta. Kita boleh tanya 1000 orang tentang makna cinta tetapi semua akan bagi definisi lain-lain. semuanya bergantung kepada pengalaman dan apa yang telah dilalui oleh diri masing-masing. Macam aku, aku rasa aku tak ada jatun cinta lagi. Setakat 'suka-suka' sikit adalah, benda-benda 'crush' ni rasanya tak sesuai diklasifikasikan sebagai cinta. Hari ini suka, esok lupa. Diikuti bertemu dengan baru dan begitulah kitarannya.

Jadi, dalam isu ni bolehlah kita berpatah balik ke soalan nombor 2, i need a man who can define love for me. ececeh ~

Ahh, esok boleh jadi lain pula. Biasalah seiring kehidupan berjalan kehendak dan keperluan turut berubah.

Tak ada yang pasti mengenai cinta mungkin juga sebab tak ada apa yang kekal dalam dunia ini.

Boleh jawab tak ni?
I just did. Ini kira 4 soalan ke macamana ?


Sekian.

11/29/11

#2 : kenapa perlu berahsia tentang kekasih hati ? kenapa tak sambung arkitektur ?

- soalan dari Paan Ramli, Peserta Masterchef Musim 2,


kenapa perlu berahsia tentang kekasih hati ?

ehh, rahsia ke. mana ada. cuba baca dari post pertama, haha.

ok, lah tak boleh jawab panjang-panjang sangat. nanti terlepas menonton 'Bunga April' dengan adik-adik.

kenapa tak sambung arkitektur ?

architect atau dalam bahasa melayunya arkitek ditafsirkan maknanya di dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Kempat sebagai jurubina, pereka bentuk bangunan. maka itu, architecture pula memberi pengertian seni bina, reka bentuk bangunan dan gaya bangunan.

seperti menonton greys anatomy tidak mempengaruhi aku untuk jadi doktor atau menonton american next top model tidak pernah buat aku memasang impian untuk menjadi model, menjadi arkitek juga merupakan salah satu cita-cita yang tak pernah aku senaraikan sebagai pekerjaan aku di masa akan datang.

sperti juga, perkataan engineer, arkitek juga bukan frasa yang aku fahami maksudnya ketika kecil. jadi, aku tak berani sangat nak cakap cita-cita aku sedahsyat itu. setelah meningkat usia, aku memahami maknanya tetapi masih tidak bercita-cita untuk menjadi arkitek. jadi, apa relevannya aku menyambung pengajian di Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur ?

diploma aku pun bidang lain. lagipun subjek sains aku memang dah lama melingkup masa sekolah. jadi, rasa nekad untuk tidak menyambung pelajaran dalam apa-apa bidang dalam bidang sains amatlah tinggi. di samping, dengan kesedaran diri dan ruang yang tidak pernah melukis apa-apa reka bentuk bangunan. aku pun tak ada jenis bangunan idaman. cuma aku pernah sekali lukis bilik tidur idaman berserta skrin besar.

akhir kata, aku ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur. harap dapat reka rumah aku dengan kadar berpatutan. itu pun, kalau aku jadi jutawan lah. kalau tak, beli rumah taman je.

anehnya, aku dah tahu macam-macam pekerjaan yang aku tak suka tapi aku tak jumpa satu pun untuk dijadikan cita-cita utama.

sekian.



paan ni dulu pernah ke audition wartawan melodi sebab tu soalan pertama dia semacam aja.
eh, dia ni fakulti mana ? sibuk tanya-tanya pasal arkitek. haha.

11/28/11

#1 : first time gigi tercabut masa bila?

- soalan dari Iki Ali, Si ObsesTeori Darwin.

masa aku bagi peluang orang untuk tanya soalan, aku tak dapat agak pula ada orang akan prihatin tentang gigi aku. aneh. mungkin dia pernah bercita-cita mahu jadi doktor gigi. tapi sebab aku yang buka peluang jadi aku kena jawab.


dan bila aku nak jawab pula, aku tak tahu nak jawab apa. haha. aku keliru adakah soalan ini bertanyakan pengalaman pertama gigi aku dicabut doktor atau bagaimana. jadi, aku pun membuat andaian dan hipotesis bahawa pemilik soalan ingin mengetahui bila kali pertama gigi susu aku tercabut.


sebenarnya, aku tak ingat pun bila. selalu gigi susu tercabut masa kecil kan ? tapi aku anggarkan dalam usia 7-8 tahun sebab peristiwa awal yang paling aku ingat tentang cabut gigi ialah waktu malam. malam itu, aku makan jambu batu.


jambu batu memang sedap. strukturnya mungkin agak keras. namun, bahagian berhampiran biji pula lembut dan enak juga. apa pun, kerangupan jambu batu merupakan nikmat. dari kecil memang dah biasa makan jambu batu sebiji macam makan epal. kadang-kadang, dibelah lapan.


malam itu, aku makan sebiji. gigi belah atas ni memang sudah bergoyang-goyang di tahap sederhana. gigitan pertama aku pada buah itu, gigi masih bergoyang seperti biasa. beberapa kali, gigitan mula terlekat seketika pada buah tetapi boleh ditarik balik. cuma gigitan tunggal ini, sukar sedikit mahu ditarik.


akhirnya, aku lihat darah pada buah yang di tangan aku. aku cuci buah itu. aku juga terasa lopong pada bahagian gigi yang bergoyang tadi. rupanya, gigi aku sudah terlekat pada buah jambu batu yang aku sedang makan tadi. lalu aku berkumur, cabut gigi pada buah itu. aku sambung makan buah jambu batu tadi sambil berjalan keluar rumah. di tangan kiri aku genggam gigi tadi. sampai di luar rumah. aku campakkan ke atas bumbung.


ini zaman aku, gigi bawah tercabut baling ke bumbung, gigi atas tercabut baling ke tanah. aku tak tahu siapa ajar atau kepercayaan apa. baru-baru ni, aku dengar budak-budak sekarang percaya tanam gigi nanti tumbuh jadi pokok. nak kata pengaruh filem, tak ada lagi filem tunjuk macam tu. mana depe belajar ni ~


alamak, aku tersilap !
gigi aku yang tercabut belah atas. patut campak kat tanah lah.


sekian.

kemukakan soalan di formspring user wannabe.

11/24/11

mahu cuba seperti formspring

tanyalah apa-apa soalan. nanti aku buat satu entri untuk jawab.
haa, jangan yang bukan-bukan.

11/9/11

Even The Beatles Sings About My Zine

Bukan obses atau apa. Tetapi selalunya, kalau aku dah mula sesuatu, aku akan buat sampai habis. Alang-alang menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan kata orang. Alang-alang dah promosi, biar promosi habis-habis. Entah bila pula, aku akan berani lagi nak buat macam ini.


Oh, baru-baru ini juga aku didatangi dengan pertanyaan 'apa itu zine ?'.
Ada baiknya, aku tulis sikit di sini -- zine secara kesimpulannya adalah satu bahan bacaan atau buku yang semuanya dilakukan sendiri. Dari karya hinggalah kepada penerbitan. Selalunya diperbuat dari kertas A4 yang difotostat dan dilipat. Proses sebelum fotostat pula, lain ceritanya. Dan di bawah ini adalah petikan dari Wikipedia sebenarnya. Not a reliable sources if you want to put on assignments. Tapi kalau nak baca, siapa nak halang.


ZINE ( /ˈziːn/ zeen; an abbreviation of fanzine, or magazine) is most commonly a small circulation publication of original or appropriated texts and images. More broadly, the term encompasses any self-published work of minority interest usually reproduced via photocopier.

(Source : Wikipedia)

bagi ceramah nak buat zine ke apa, tulis panjang-panjang ni.


berminat untuk memiliki zine yang akan memeriahkan hidup dan rak buku anda :

Emailkan maklumat anda seperti Nama, Alamat Surat-Menyurat dan sebarang pertanyaan ke 'lifejournal94@yahoo.com' dengan tajuk 'PEMBELIAN ZINE'. cara pembayaran adalah melalui wang pos.


aku dah tambah lagi satu kemudahan untuk korang, iaitu aku dah sediakan button untuk pergi terus kepada link maklumat penuh mengenai zine I-Me. seperti yang dapat dilihat di sebelah kanan anda.

atau boleh klik sahaja pada label Zine untuk membaca promosi atau proses dari awal.


Zine I-Me juga sudah berada di Facebook. Klik LIKE di sini.


oh, tajuk post ni bukan mencari publisiti.
memang The Beatles ada lagu tajuk 'I Me Mine' pun.


"All through the day
I me mine, I me mine, I me mine
All through the night
I me mine, I me mine, I me mine "







Haa, tunggu apa lagi. Beli ! Beli ! Beli !

11/3/11

Penghargaan Yang Mungkin Tidak Termuat Di Dalam Zine I-Me Isu #1

Song Played : We Could Be Anything - Nolan Sotillo


nampaknya seminggu ni kenalah korang semua baca mengenai zine ini. padan muka. haha. aku dah kata baik korang beli je. ok ok, kembali serius. sebenarnya, untuk mempunyai pembeli adalah amat susah jika tiada rangkaian sosial yang kuat ditambah pula dengan kedudukan yang baru sahaja ingin meningkat naik (kalau naik). pokok pangkalnya, meraih kepercayaan dan keyakinan orang terhadap sesuatu itu bukanlah sesuatu yang mudah.

rasa bersyukur dan bertuah dalam proses mempromosikan zine i-me ini aku telah dibantu oleh ibu bapa, kawan-kawan dan pelbagai pihak.

dan mereka-mereka ini, antaranya ialah :

9BelasZine -- visit them, here.

individu-individu yang telah mempromosi atau berkongsi link ataupun tukang komen mahupun tukang like dan juga tolong menjual serta mengedarkan zine ini.


Malaysian Underground Band -- check out their page, here.


terima kasih tak terhingga kepada semua yang telah menyokong (sekalipun dari jauh). you've made me a happy girl. jika ada yang tertinggal atau tidak dinyatakan ketahuilah bahawa anda juga sebenarnya termasuk di dalam senarai penghargaan ini. ya, terima kasih kepada semua yang telah terbabit secara langsung dan tidak langsung.

dan semestinya terima kasih juga buat yang telah menempah, membeli dan membaca.

(untuk gambar penuh kenalah beli zine ni, kalau tak dapat tengok separuh ni jelah.)



kepada yang baru terbaca dan berminat untuk memiliki zine ini, zine ini boleh didapati dengan harga :-

By Hand : RM 5
By Post : RM 6
Sabah Sarawak : RM 7

yang berada di kawasan sekitar tempat tinggal, boleh datang ke rumah. tambah-tambah nak raya ni.

kepada yang duduk jauh emailkan detail anda seperti Nama, Alamat Surat-Menyurat dan sebarang pertanyaan ke 'lifejournal94@yahoo.com' dengan tajuk 'PEMBELIAN ZINE'.

supaya tidak tertanya-tanya, cara pembayaran adalah melalui wang pos. kita akan bertukar-tukar alamat surat-menyurat di email yang dinyatakan di atas tadi.

kaedah pembayaran melalui bank-in belum ada lagi buat masa ini. apa pun, ianya akan cuba diusahakan di masa akan datang.

sekali lagi, aku ucapkan terima kasih dan selamat bergembira (':

11/2/11

10 Sebab Untuk Membeli Zine I-Me Isu #1

Song Played : I'll Be Yours - Those Dancing Days


Jika anda tertanya-tanya dan teragak-agak dalam membuat keputusan untuk membelinya, di sini dijelaskan 10 sebab untuk anda membeli Zine I-Me tanpa ragu lagi :

  1. Seorang penulis memerlukan pembaca.
  2. Seorang pelukis memerlukan pemerhati.
  3. Dengan harga kurang dari RM 10, anda akan mempunyai teman yang tidak pernah anda sangka hingga ke hujung tahun.
  4. Sekarang adalah musim hujan. Kalau tak mahu basah, kena duduk dalam rumah. Kalau tak mahu tv, radio, telefon dan modem rosak, kesemuanya hendaklah dimatikan dan tidak digunakan. Kalau tak mahu tidur (kerana anda sudah seharian tidur), kenalah berjaga. Tetapi tak tahu mahu buat apa. Oleh itu, aktiviti membaca adalah sesuatu yang logik dan paling munasabah untuk dilakukan.
  5. Dan jika anda, penat melihat tulisan, anda boleh melihat lukisan-lukisan yang ditampilkan bersama.
  6. Kerana buku terakhir yang anda baca adalah buku pelajaran. Lalu otak menjadi tepu, mahu keluar rumah pula tidak sempat. Kemudian anda merasa down dan mula mengomel seperti tiada life. Mungkin zine ini boleh memberikan sedikit life kepada anda.
  7. Setelah begitu banyak sebab anda baca, takkan anda tidak terpengaruh untuk membelinya lagi ?
  8. Anda tidak pernah mendengar perkataan Zine. Jadi, kenapa tidak jadikan Zine I-Me ini adalah zine pertama anda. Supaya suatu hari nanti bila ada orang berkata 'ehhhhhhh, kau tahu tak zine blablabla ...' , anda boleh menjawab 'ohhhhh, aku bab baca-baca ni kurang sikit. tapi aku pernah baca satu zine dulu ...'
  9. Kerana keesokan harinya apabila anda membuka Reading List, blog ini masih bercerita mengenai zine ini. (HAHA!). Sebab yang sebenar -- anda mencari suatu kata-kata yang dapat menerangkan jiwa atau perasaan kini tetapi tidak ditemui, anda berkemungkinan besar jumpa gambaran perasaan itu di dalam zine ini.
  10. Bangsa membaca adalah bangsa berjaya. Sokonglah produk tempatan.

Sebab tambahan :
Penulis memerlukan wang untuk menggantikan 30 paket Milo Fuze yang telah dihabiskan tanpa sedar sepanjang bulan lepas ketika menyiapkan zine ini.


Makluman :
Bagi yang membeli melalui pos, cara pembayaran adalah melalui Wang Pos (:


11/1/11

Zine I-Me Isu #1 Memulakan Langkah

Selepas beberapa sneak preview. Tibalah masa zine ini bersedia untuk dijual. Dari proses melukis, menampal, menulis dan berbagai-bagai lagi semuanya dilakukan sendiri (kecuali mancetak -- kena hantar kat kedai). Mengambil pendekatan : sesetengahnya suka bahan bacaan ringan, sesetengah lagi suka bahan bacaan berat. Zine ini berada di antaranya. Fleksibel, jika itu perkataan yang anda suka.

Memaparkan 50 karya. 27 tulisan dan 23 lukisan.

Terlalu banyak rasa untuk dijelaskan mengenai zine ini. Tapi yang pasti, kalau anda tidak beli zine ini, anda tidak akan berjumpa lagi bahan bacaan lain seperti zine ini dan itu adalah kerugian buat anda.

Zine ini boleh didapati dengan harga berikut :

By Hand : RM 5
By Post : RM 6
Sabah Sarawak : RM 7

Jika berminat :

Emailkan detail anda seperti Nama, Alamat Surat-Menyurat dan sebarang pertanyaan ke 'lifejournal94@yahoo.com' dengan tajuk 'PEMBELIAN ZINE'.

Cara pembayaran dan sebagainya akan diterangkan di dalam email balasan nanti.


Mahu mengenali lebih dekat ? Klik sini.

Sebarkan mengenai bahan bacaan ini kepada rakan-rakan lain ya !
Terima kasih (:

10/29/11

sambil-sambil makan ais-krim potong di petang sabtu

Song Played : If I Rise - Dido & A.R Rahman


1. tapi tak ada pula gambar ais-krim potong. tak suka buat orang terliur. (sebenarnya dah habis sebelum sempat tangkap gambar).

2. antara angau/ syok sendiri / gila bayang -- apa perbezaannya ?

3. nak berbackpacking sorang-sorang takut pula. jadi, rancang nak adventure di kuala lumpur. itu pun tak tahu macamana lagi.

4. mungkin sebab dah penat fikir benda-benda penting dalam dunia, semalam sebelum tidur aku fikir pasal makanan. pizza! pizza! pizza! selalu juga domino's pizza sms aku. macamana nak hentikan mesej ni ? hantar STOP kepada nombor domino's ke apa ?

5. cuaca hari ini sungguh bagus ya.

6. seronok juga kalau dapat beli kamera berpusing / spinner 360.

7. zine dah siap ! mohon tunggu post seterusnya untuk maklumat pembelian. terima kasih.

10/24/11

Review 'Libas'

Song Played : Belajar - Wani Ardy



Tak tahu demam apa tiba-tiba nak tulis review (panjang pula tu).

Lain betul wajah Scha Al-Yahya pada poster Libas. Ohh, Johan pun masih kurus lagi ketika ini. Melihat posternya, pelakon-pelakon filem ini hampir semuanya sudah ada tempat dan nama dalam industri. Harus diakui permulaan filem Libas ini menarik perhatian. Malah jalan ceritanya yang ingin dipaparkan juga menarik. Sayangnya, 3 minit pertama yang menarik tadi, tidak berjaya dipertahankan ke akhirnya. Pace cerita ini tidak lembab tetapi ianya melemaskan. Kalau dapat digambarkan perasaan menonton filem ini, ianya sama seperti beratur panjang ketika membeli barang di kedai. Kita berjalan sedikit dan terhenti, jalan sedikit ke hadapan dan berhenti sehinggalah tiba giliran kita. Di dalam filem ini kita menantikan bila ianya akan berakhir. Bergenre aksi komikal, jadi, tidak perlu diperdebatkan logik dan tidak logiknya, namun begitu, membuat penonton percaya apa yang diceritakan adalah penting. Di sini wujud kekeliruan, saktinya permainan libas ini terletak pada pemainnya atau bolanya. Kadang terlihat tendangan pemain yang berbisa, di babak yang lain seperti bola yang punya kuasa. Pada babak akhir, bola pusaka (memilikinya adalah menjaga maruah negara) itu yang mempunyai kuasa. Walaupun menonton filem sebegini, kita sudah tahu di akhirnya hero itu pasti menang, kita tentu mahu tahu apa punca kemenangannya (agar dapat mengikut rentak cerita). Jadi, kekeliruan kuasa sebenar permainan libas amat mengganggu. Wujud juga persoalan, mengapa pasukan Jepun di-highlight di dalam filem ini sebanyak 2 kali. Seperti tidak ada kepentingannya. Seterusnya, berkaitan Pasukan Thailand yang bercakap Melayu dengan lenggok Siam ini amat memeningkan kepala. Sukar untuk memahami apa yang diperkatakan mereka pada babak awal. Mujur visual yang ditunjukkan membantu penonton memahami pergerakan cerita (mujur, babak-babak seterusnya percakapan mereka makin jelas). Kehadiran watak seorang lelaki di dalam pasukan Thailand yang kelihatan seperti gay (tidak pasti), yang sering menyebut ‘Curang curang’ itu, tidak membantu filem ini kelihatan menarik. Di sini motif kewujudan watak tersebut perlu dipersoal. Lucunya filem ini, bila perkataan maruah disebut berulang kali sehingga ada satu babak Madi (Johan Raja Lawak) sendiri berkata ‘Abang, ni dari tadi maruah … maruah … maruah.’ Penonton sudah faham mengenai kepentingan maruah itu, tetapi inner dan outer motivation watak-watak itu perlu bermain libas dengan bersungguh-sungguh melainkan dipaksa Adnan Saladdin (Rosyam Nor) dan mempertahankan maruah seperti yang diulang-ulang. Ia boleh jadi lebih dari itu, percayalah. Elemen komedi di dalam filem ini kelihatan seperti tidak menjadi. Yang pertama, sudah dinyatakan tadi, jika Pasukan Thailand yang bercakap Melayu dengan lenggok Siam itu cuba dijadikan elemen komedi ianya tidak kelakar. Yang kedua, perbualan Madi, Kumok dan Adnan Saladdin di bilik sebelum perlawanan. Di mana mereka bercakap mengenai Kumok yang sebenarnya Cina Muallaf dan tidak pernah tinggal solat. Ada kelakarnya di sini. Malah dialognya juga ada mesej dan menyindir sikap manusia yang sering mengabaikan solat. Sepatutnya berhenti sahaja di situ. Tidak perlu diperpanjangkan kepada mandi junub dan sebagainya. tidak jelas kepentingannya kepada penonton. Filem ini di-klasifikasikan sebagai U, semua lapisan masyarakat boleh menontonnya termasuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang innocent tidak tahu apa-apa mengenai mandi junub (contohnya saya tidak tahu mandi junub itu apa sehinggalah saya sekolah menengah atas). Bukan soal, keterbukaan atau apa tetapi lawak itu takkan menjadi kepada kanak-kanak. Abaikan soal CGI atau sebarang editing yang tidak meyakinkan anda. Semua orang perlukan ruang untuk belajar. Lagipun, sampai bila mahu harapkan orang luar. Usaha percubaan untuk membuat filem berelemen sukan ini perlulah dipuji kerana sekurang-kurangnya ia bukan filem seram (haha, selalu sahaja biased mengenai hal ini). Tambahan pula, selepas membaca artikel ‘filem sukan gagal di pawagam’dalam BPop (tak jumpa link) rasanya, usaha menulis, mengarah dan menerbitkan filem ini perlu disokong (saya suka gol & gincu !). Harap lain kali tidak kucar-kacir lagi.



Namun begitu, dicadangkan agar kamu semua menontonnya sendiri dan tidak perlu mengambil review ini secara keseluruhannya. Mungkin kita boleh berbicara percanggahan pendapat kita di kedai teh nanti (:

10/23/11

Work In Progress

Song Played : A Thousand Years - Christina Perri


sambungan dari entri Projek(Akan Datang).

khabarkan pada kawan-kawan mengenai bahan bacaan ini.

Nantikan, November 2011.

10/17/11

permainan (perasaan)

Song Played : Someone Out of Town - Yuna



kenapa kalau kita tersuka kat orang tu kita selalu berfikir lebih-lebih (overthinking) atau bukan-bukan tentang semua tindakan kita pada dia ? kadang-kadang kita tuduh tindakan kita sendiri bodoh dan memalukan. padahal benda tu biasa je. kenapa kena rasa istimewa dengan apa orang yang kita tersuka tu cakap sampai terlupa orang lain pun pernah cakap juga ? kenapa kena baca mesej sambil senyum-senyum ? oh, mula-mula sekali, kenapa nak tunggu dia mesej sebenarnya ? kenapa kena berfantasi dan senyum sorang-sorang ? kenapa rasa nak cerita pasal dia pada ramai orang ? kenapa tanya kenapa ? kenapa rasa macam ini ? macamana boleh rasa macam ini.



kah kah kah, jangan ambil serius.

10/5/11

projek (akan datang)

Song Played : More Than A Band - Lemonade Mouth



NANTIKAN !


untuk megisi tabung kereta dan backpacking.

9/19/11

baju kurung dan saya

Selepas satu perbualan di laman Facebook, aku rasa nak tulis mengenai rasa minat aku untuk memakai baju kurung. Sebab ada suatu masa dulu aku rasa, raya tak perlu beli baju kurung. Boleh pakai tahun lepas punya atau tahun lepas-lepas punya. T-shirt dan jeans lebih penting. Takkan keluar rumah, lepak-lepak pakai baju sama saja (jenis shopping baju masa nak raya je.). Jadi, beberapa tahun dalam usia belasan tahun itu aku tak beli baju kurung. Tingkatan 3 aku ada beli baju kurung biru. Aku rasa baju kurung biru ini paling setia dengan aku sebab sampai sekarang aku masih pakai. Malah masa aku pergi interview untuk masuk ke universiti juga aku pakai baju kurung biru ini juga. Sampai hari ini pun aku masih pakai baju kurung ini kalau aku mahu.

Masa aku tingkatan 5 aku ada beli satu jubah moden hitam (aku tak tahu kenapa orang kedai ni panggil jubah moden sebab aku rasa dia macam baju kurung dengan potongan badan je)tetapi nampak macam terlalu glamour (dengan kehadiran fashion tajima, yuna dan sebagainya, sila lihat glamour mengikut tafsiran aku) untuk dipakai ke mana-mana selain raya. Jadi, aku tak pakai ke kelas tapi aku pernah pakai pergi ke majlis raya fakulti. Cuma sekarang dah tak pakai sebab tak berapa muat. Ini semua sebab ubat apa entah yang doktor bagi dekat aku lepas aku pengsan dulu. Tak cukup makanlah apalah. Aku rasa efek sampai sekaranglah ubat tu, aku macam makan banyak je sekarang (itu 2 tahun lepas punya cerita kot). Itu tak campur masa tingkatan 4 pengsan dan doktor tu kata tak cukup khasiat ke zat ke apa entah. Apa yang aku cuba sampaikan ialah jubah moden hitam ini mengurangkan lagi list baju kurung normal untuk dipakai sebagai pakaian ke kelas atau majlis orientasi.

Berdasarkan bancian aku, minggu pertama orientasi di universiti seminggu penuh wajib pakai baju kurung. Memandangkan aku ada 1 atau 2 je baju kurung, aku telah shopping 4 baju kurung sekaligus. Aku tak tahulah macamana aku pakai semua baju tu dalam satu minggu orientasi tu tapi baju kurung aku tu tak cukup. Lalu aku telefon mak aku mengadu mengenai masalah ini. Disebabkan jarak kolej dan rumah tidak begitu jauh, hujung minggu, mak aku datang hantar sepasang baju kurung baru. Hari-hari berikutnya, ke kelas aku akan pakai baju kurung sebab tak berapa banyak t-shirt lagi. Malah kalau rajin hari isnin, aku gosok 5 baju kurung terus. Bila fikir-fikir balik, kelas masa part 1 jarang cancel.

Baju kurung menjadi pilihan di tambah dengan pengaruh membaca novel Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani. Masa ni tak silap aku semester 2, punyalah terpengaruh sampai kerja berkumpulan untuk skrip dokumentari pun aku dan ahli kumpulan pergi buat skrip mengenai baju kurung. Masa ini juga, Ana Raffali sedang meningkat naik. Menang AJL lagi. Menyebabkan trend berbaju kurung semakin besar (agaknya). Yang pasti, makin banyak baju kurung yang cantik. Corak dah makin pelbagai. Jenis kain lagi macam-macam. Jenis cotton, paling sweet. Warna putih dan ada bunga-bunga kecil. Tapi kalau nak beli kena testing dulu sebab ada yang kain keras, ada yang tangan senteng. Nak senseng lengan rasa bersalah pula sebab itu aurat.

Basically, beginilah bermulanya fasa berbaju kurung dalam hidup. Aku dah tahu nak beli baju RM 50 kain China Silk sendiri. Kemudian, dah pandai upah orang jahit. Oleh kerana, tak suka orang ukur badan (-,-) aku bagi je salah satu baju kurung aku untuk dia ukur balik. Dan ada beli kain ela juga (tapi salah satu tu dah terbakar, tak guna punya seterika!). Semestinya kita dah kenal baju kurung dari kecil, mak ayah beli, ahli keluarga bagi, orang bagi dan sebagainya. Tetapi kadang-kadang kita lupa untuk melihatnya lebih dari sekadar pakaian, kita lupa untuk menghargai kesopanannya (aku agak inilah ayat aku letak dalam skrip aku dulu, kejap lagi aku semak balik).

Semester ini aku jarang pakai baju kurung rasanya. Kelas pun kejap batal kejap ada. Tetapi raya tahun ini aku beli dua pasang baju kurung. Sebenarnya, kalau ikut hati semua baju kurung dekat kedai tu aku nak beli. Serius, cantik. Siap aku boleh fikir nak beli baju kurung dekat kedai tu untuk degree nanti pula.Oh, tahun ni fashion polka dot yang hot. Aku nak beli juga tapi takut sama. Mesti ke paranoid macam ini ? HAHA! Nak baju tu warna pink then polka dot dia warna putih. WAH!

Ini cerita ‘baju kurung dan saya’ versi aku. Anda pula bagaimana ?

8/26/11

Siri Hari Aku Jatuh Cinta Adalah Hari Di Mana Hati Aku Retak

Song Played : Jet Lag - Simple Plan ft. Marie-Mai


Ayat ini dapat dibaca di belakang NOKSS #1 dulu. Akhirnya, aku dapat ilham untuk kembangkan ayat ini menjadi karangan cereka. Namun begitu, tidak semuanya dapat diterbitkan di dalam NOKSS #2 sebab aku ada nak cerita benda lain juga. Jadi, hari ini hati aku tergerak pula nak terbitkan apa yang aku dah tulis dulu.
_______________________________

Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia. Namun, sebarang kecurian atau copy paste akan disabitkan dengan saman RM 1000 juta serta mengenali erti penyesalan dan merana seumur hidup.

_______________________________


Hari Aku Jatuh Cinta Adalah Hari Di Mana Hati Aku Retak 2. Aimi Rosli

Song Played : Someone Like You - Adele

Aku selalu keluar dengan X. Sampai semua orang kata aku sesuai dengan X. Tapi selalu buat tak tahu. Aku tak suka orang ingat aku perasan. Hari ini tak sama macam hari-hari sebelumnya. Hari ini aku mula rasa apa yang orang cakap pasal aku dan X tu benar. Kami sama-sama pakai baju warna merah. Lecturer aku pernah cakap kalau watak dalam filem tu pakai baju warna merah maknanya dia dalam bahaya. Itukan simbolik filem, tak mungkin apa-apa akan terjadi pada kami. Takkanlah kami dalam bahaya. Hari ini baju merah kami pakai ini macam simbolik cinta. Aku rasa aku dah jatuh cinta. Kami sebenarnya tengah beratur nak tengok wayang. Biasalah remaja, nak ke dating kat mana lagi kalau bukan wayang. Kami pilih untuk tengok filem ber-genre romantik tragedi. Sementara, menunggu giliran sampai ke kaunter kami berbual-bual penuh keserasian. Tiba-tiba perbualan kami terhenti bila ada seorang awek memeluk pinggang X dari belakang.

“Hai, sayang !” satu ciuman singgah di mulut X.

Gila jugak perempuan ni, dia nak buat video ‘Pilih KLCC atau aku 2’ ke ?, fikir aku. Kalau dalam movie inilah part aku akan kata “Get a room lah weh !.” Reaksi sebenar aku, cuma tercengang sahaja di hadapan X dan perempuan yang muncul entah dari mana. X senyum pada aku.

“Kenalkan ini special girlfriend saya,” inilah detiknya X meretakkan hati aku. Selepas mengucapkan ayat itu di mencium dahi perempuan yang dari tadi tak lepas-lepas memeluk pinggang X erat-erat. Jangan takut … kita tak curi boyfriend awak, kata aku dalam hati.

“Aku tak jadi kot tengok wayang hari ni,” aku terus berlalu.

Sampai di luar bangunan aku terus ke bus stop. Ketika ini cuaca hujan. Kali ini kalau aku nangis tak ada orang nampak. Tak sangka rupanya aku tak perlu pun tengok filem ber-genre romantik tragedi kat wayang tadi sebab aku lah watak utamanya.


_______________________________


Hari Aku Jatuh Cinta Adalah Hari Di Mana Hati Aku Retak 3. Aimi Rosli.

Semalam kita mesra di taman,

Hari ini bagai tidak pernah berkenalan.”

Dua baris senikata untukmu, sesuai dengan dua petikan gitarmu yang dulu.


_______________________________






Kalau di tanya di mana 'Hari Aku Jatuh Cinta Adalah Hari Di Mana Hati Aku Retak 1' ?

Jawapannya ialah :
Karangan cereka 'Hari Aku Jatuh Cinta Adalah Hari Di Mana Hati Aku Retak 1' ada di dalam NOKSS #2

8/14/11

how often do you find the right person ?








Girl: How come you don't play during daytime? I see you here everyday.

Guy: During the daytime people would want to hear songs that they know, just songs that they recognize. I play these song at night or I wouldn't make any money. People wouldn't listen.

Girl: I listen.


7/30/11

Percetakan NOKSS #1 dan Jualan Bersama NOKSS #2

Song Played : SuperBass - Nicki Minaj

Disebabkan ada pertanyaan mengenai NOKSS #1. Kami telah membuat keputusan untuk mencetak NOKSS #1 dengan kadar yang terhad.

Berikut adalah butiran harga NOKSS #1 :

By Hand : RM 4
By Post :
Semenanjung - RM 5
Sabah Sarawak - RM 6


tapi untuk yang ingin membeli NOKSS #1 & #2 bersama harga adalah seperti berikut :

By Hand : RM 9
By Post :
Semenanjung - RM 10
Sabah Sarawak - RM 11


Stok adalah terhad.
Tak main-main.

Terima Kasih
walaupun ramai yang kata generasi sekarang tidak suka membaca kerana lebih suka visual, anda masih mahu membaca apa yang kami coretkan (:

Semua info mengenai NOKSS dan 9Belas di sini.

NOKSS ISU #2 : Cerita Fiksi Yang Mungkin Ada Kebenarannya

Song Played : Skinny Love - Birdy


NOKSS! datang lagi dengan cerita-cerita baru. Hidup tak pernah berhenti. Seiringan itu cerita mengenai manusia juga takkan mati. Seperti biasa norma kehidupan manusia menjadi pilihan kisah-kisah di dalam NOKSS #2.

Mungkin sebelum beli anda mahu lihat-lihat rupa zine kami.
Let's go !


Kiri : Muka belakang.
Kanan : Muka Depan.

Proses berperingkat dan Sebahagian karya.

Perbincangan dan touch up terakhir.

Hasilnya.

Sekian.
The End.


Kami mohon maaf kerana zine ini siap agak lambat dari kami jangka. Kesibukan pembelajaran, kehidupan huru-hara dan masa depan yang tak menentu melambatkan sedikit proses kami. Tapi jangan bimbang jangan gusar. Kami kembali lagi dengan harapan dapat anda membuat anda puas hati.

Harga :
By Hand : RM 5
By Post :
Semenanjung - RM 6
Sabah Sarawak - RM 7

Bagi pembelian secara post, prosedur jual beli adalah seperti berikut :

  1. tukar wang anda kepada WANG POS di pejabat pos.
  2. tinggalkan order anda di http://www.facebook.com/9BelasZine, memandangkan ini rumah baru kami.
  3. namun begitu, bagi yang tidak mempunyai FB boleh tinggalkan pesanan di alamat emel berikut : azizi_jiji9108@yahoo.com.
  4. nantikan wakil kami akan INBOX alamat rumah kami kepada anda. tulis juga nama & alamat surat-menyurat anda.
  5. setelah itu pos kan lah wang itu kepada kami.
  6. bila wang pos anda sudah di-pos kan kepada kami, maklumkan pada pihak kami sebagai langkah berjaga-jaga.
  7. tunggu posmen hantar 'NOKSS!'.
  8. Selesai. Terima Kasih.

Itu sahaja setakat ini. Nantikan beberapa update lagi dalam sehari dua ini (kalau ada, haha).




Penulis-penulis 'NOKSS! lain' : alyssa, iki, ejam, paan, , diah, ag, elie, shah, ery, atin, cassey, yana, manda, ammar, aishah, ez, tini dan arien.

7/15/11

Hanya Budak Nakal Boleh Kawal Budak Nakal

12.00 TENGAH MALAM

“Hey, saya nak awak semua turun. Saya bagi awak 5 minit,” ustaz yang memakai baju biru tercegat di hadapan pintu bilik rumah.

Ustaz dan pengetua kolej Matahari memang prihatin. Seisi rumah menggelabah.

“Cepat sikit. Saya bagi 5 minit.”

Aima segera masuk ke bilik dan menukar baju. Tiba-tiba Ayi membuka pintu biliknya.

“Akak, kita nak cakap apa ni ?” Ayi sedikit risau.

Aima senyum seperti merancang sesuatu.

Rumah yang dikongsi 8 orang itu, senyap seketika dipanggil ustaz. Ustaz masih tercegat menunggu di hadapan pintu. Yumi mengetuk pintu bilik air memanggil Rosiah. Rosiah yang sedang berada di dalam terpinga-pinga. Mya bertuah kerana tiada di rumah malam itu. Tushee membetulkan tudung di hadapan cermin. Malam buat Farhana kerana sedang belajar tapi masih perlu turun ke bawah. Erna yang sudah siap keluar dahulu dari rumah.

Dalam langkah perlahan dan muka paling innocent, 7 orang menghadap pengetua kolej dan ustaz di padang kolej. Kehadiran mereka tidak diendahkan kerana pengetua sedang berbual dengan pelajar lain. Sehingga Aima terfikir ‘betul ke ktorang kena panggil ni.’

Selepas, 5 minit, barulah pengetua kolej Matahari menghadap Aima dan rakan-rakan yang lain.

“Haa, ada apa tadi ribut-ribut di atas ?” soal pengetua kolej Matahari dengan senyuman yang mencurigakan.

“Tak ada apa sangat. Cuma tadi ada seekor lipas, kemudian saya spray tiba-tiba lipas tu pergi ke bawak kerusi Ayi. Selepas itu, Yumi ambil lipas tu dan usik-usik Erna. Rosiah tak ada kaitan dia tengah mandi tadi,” terang Aima bersungguh-sungguh.

“Saya pun tengah pening-pening belajar, ada test esok,” tambah Farhana lagi.

Pengetua kolej mengangguk-angguk faham. Lipas bukan kes biasa.

“Awak dua orang ni kembar ke ?” soal pengetua kepada Erna dan Ayi seperti cuba beramah-tamah.

Yang lain ketawa mendengar pernyataan itu.

“Awak semua satu rumah memang happening eh ?” tambah pengetua lagi.

“Awak semua course apa ?” sampuk ustaz tiba-tiba.

Seperti dijangka Yumi, soalan mengenai course akan ditanya. Yumi mengajak semua untuk mengaku sebagai budak akaun. Mungkin dengan cara itu hukuman dapat dikurangkan. Tetapi dihalang Tushee kerana risau kad matriks akan diminta.

“Berapa orang penulisan ?” tanya ustaz lagi.

Pertama kalinya penulisan tidak dilupakan begitu sahaja.

“4 orang. 1 orang event management,” jawab Yumi dan Ayi serentak.

“Dia seorang je akaun,” tunjuk Rosiah kepada Farhana.

Pengetua seakan-akan tidak puas hati kenapa budak akaun boleh serumah dengan budak sekolah filem, animasi dan teater.

“Dia ada jiwa seni juga,” jawab Rosiah.

“Saya sekarang tengok novel-novel kurang cerita pasal budak-budak universiti. Kurang cerita-cerita macam ni. Yelah, macam awak kena tahan ni kan. Kalau awak buat novel, ini sesuatu yang orang boleh relate. Tapi tak, sekarang ni kurang. Awak semua nanti cuba tulis. Kalau tulis pasal saya pun tak apa,” pengetua kolej memberi idea dan pandangannya.

Di situ Aima bersetuju. Sekarang memang banyak novel kahwin paksa dan bahagia.

“Saya dulu budak nakal juga, macam awak semua. Awak percaya tak, hanya budak nakal sahaja yang boleh kawal budak nakal. Awak tengok ustaz ni. Nama je ustaz. Dulu geng budak nakal,” kata pengetua yang satu zaman dahulu pernah mengikat pondan dan meletakkannya di dalam hutan. Memang nakal.

“Saya dulu kalau nampak lipas, saya jentik je kepala. Kemudian buat main laga lipas.” ustaz melawak.

“Ok, lah awak semua boleh naik,” kata pengetua kolej Matahari.

“Fuhh, nasib baik tak kena angkat meja batu macam budak lelaki kolej Seroja kena,” luah Aima dan Rosiah.

Seisi rumah berjalan tenang pulang ke rumah. Semua bersyukur kerana tidak disaman malam itu.


Pulang dari perjumpaan itu, Aima fikir :
1.Mahu tulis novel perjalanan menjadi pelajar universiti
2. Dia masih cuba fikir tentang senakal mana dia. Rasanya dia macam budak baik je, haha.

7/9/11

Laporan Ke Karnival 2 (Serius)

Song Played : Melawan Kesepian - Siti Nurhaliza

Sebelum ini saya sudah menulis laporan, namun itu sekadar draf. Jika saya tidak dapat ke karnival itu sekurang-kurangnya ada sedikit isi untuk dikarang. Namun, hari ini saya berpeluang ke karnival yang ditugaskan jadi saya menulis laporan ini sekali lagi. **Namun, kemungkinan untuk laporan ini beremosi wujud, kerana banyak perkara yang saya lakukan hari ini tidak menjadi. Ohh, lagi satu perkara saya masih mahu ke Urbanscapes. Sila tolong.

_____________________________________

LAPORAN PERASAAN KE KARNIVAL

9 Julai 2011 - Karnival yang diadakan merupakan satu usahasama yang baik. Keadaan sewaktu saya berada di sana sedikit lengang. Saya rasa faktor yang mempengaruhi adalah tempat karnival diadakan kerana pengunjung perlu menaiki tangga yang agak tinggi. Saya tidak pasti jika ramai tahu jalan untuk membawa kereta ke bahagian atas tetapi jika boleh pun, bagaimana ? Hal ini demikian kerana, ada khemah-khemah jualan. Mengenai lif pula, saya difahamkan lif akan di-blok untuk memastikan kelancaran malam gala yang akan dilansungkan malam ini. Salah satu faktor, karnival ini lengang mungkin juga kerana beberapa acara yang berlaku di sekitar seperti Gig TV9 dan juga acara perhimpunan di Kuala Lumpur. Malah beberapa kawan saya juga tidak berani keluar rumah. Apa yang saya harapkan adalah agar bumi ini terus aman.

Seterusnya, mengenai rumah hantu. Berlakunya perubahan yang baik kerana rumah hantu sudah mula dibuka setiap masa. Walaupun tidak berpeluang memasuki rumah hantu itu, saya gembira mendengar ada Hantu Kak Limah di dalamnya. Hal ini demikian kerana, berdasarkan populariti yang dia ada Kak Limah wajar berada di situ. Penjual tiketnya juga ramah kepada saya. Mungkin juga kerana kami sebenarnya kenal. Dia bersungguh-sungguh menjual tiket kepada saya walaupun saya berkali-kali mengatakan tidak kerana memakai baju kurung (saya baru pulang dari kenduri) dan tiada geng. Di akhirnya, dia masih tidak berputus asa dan menyerahkan poster rumah hantu agar saya dapat membuat keputusan yang tepat untuk memasuki rumah hantu itu atau pun tidak.

Selain itu, mengenai malam gala. Nampaknya saya tidak berjaya keluar dari zon selesa. Saya yang sebelum ini tidak pernah ke malam gala, kekal, dengan tidak ke malam gala. Sebenarnya, saya sudah berdiri di hadapan kaunter jualan tiket. Sesekali terlihat kelibat rakan-rakan yang dapat masuk dengan percuma kerana mempunyai pas istimewa. Fikiran saya memang kusut dari pagi tadi, akhirnya, saya pulang ke rumah dengan tangan kosong. Salah satu faktor mempengaruhi saya adalah apabila ayah saya bertanya “Haa, nanti tahu ke balik nanti nak tunggu bas kat mana ?” Sejurus itu, saya beredar dari kaunter.

Kesimpulannya, karnival seperti ini perlu diteruskan. Cuma mungkin di tempat dan tarikh berbeza. Cara perlaksanaan boleh diperbaiki. Dan diharapkan agar lain kali, supaya kelas saya dapat turut serta untuk membantu di dalam acara seperti ini agar dapat merasa masuk ke majlis dengan pas istimewa, wah ! Apa pun, saya boleh tersenyum apabila ternampak Ayam Juvana di karnival tadi. Mahu juga saya menegur “Ehh, Botak mana ? Saya pernah juga minat dia.” Tapi seperti biasa saya memang tak berani tegur orang secara rambang.

Disediakan oleh,

Aimi Amira

( AIMI AMIRA )

Pelajar,

Jabatan Penulisan

Sekolah Filem.

Oh, laporan dari Kuala Lumpur :

Driving around KL after the fact. Practically empty. What a beautiful city we actually have. - 7.38 PM