12/18/11

atmosfera temuduga

song played : seberapa pantas - sheila on 7

sidang hadirinnya berpakaian kemas dan sopan lebih dari biasa. membawa fail, sijil-sijil, portfolio dan segala yang diminta. segala kehendak acara cuba dipenuhi. ada yang menggigil, ada yang menggosok-gosok tapak tangan. seorang tersenyum, seorang lagi bermuka kosong. kedengaran juga tarikan nafas yang dalam, batuk-batuk kecil, sesekali nafas panjang dihela. semuanya menyembunyikan debar di dada atau mungkin keyakinan membara. yang sudah saling kenal duduk di dalam kelompok mereka, bercerita kerinduan serta pelbagai hal dunia. yang belum berteman, cuba ramah dengan orang sebelah. sesekali perbualan diisi dengan kejanggalan. kalau bertemu dengan bakal rakan sekelas dan kawan di masa akan datang, itu dikira bertuah. waktu berlalu. satu demi satu orang meninggalkan dewan menunggu menuju ke ruangan utama. bilik temuduga.

jawapan kepada soalan-soalan mereka, diberikan sudah. selebihnya kita hanya mampu berserah.


pulang ke rumah dan tidur.

12/17/11

menyusun sijil

song played : first love - adele

sedang menyusun sijil-sijil dan segala kemahuan temuduga kemasukan sarjana muda esok, mata aku tertancap pasa satu sijil. sijil berhenti sekolah.
Catatan Guru Besar : Seorang pelajar yang rajin dan ada kesungguhan.
boleh jadi, pelajar lain pun, guru besar tulis perkara yang sama. tapi aku harap esok, yang menemuduga aku, akan percaya kenyataan bekas guru besar aku ni.


selamat bertemu dan diduga esok. semoga kita semua berjaya !

p/s : akan berpakaian serupa seperti temuduga diploma dahulu.

12/15/11

berdiri di kaunter

Song Played : Dan - Sheila On 7

memandangkan ada 'sesuatu' yang penting perlu aku hadiri sabtu ini bersama 'sesuatu' yang perlu dituntut dari pejabat hal ehwal pelajar, aku kembali menjejakkan kaki ke (bekas) sekolah filem aku. aku bertolak dari rumah jam 4.00 petang. berbekalkan pengalaman yang aku ada, aku sasarkan aku akan sampai ke (bekas) sekolah filem sekitar 4.15 petang. ternyata, jangkaan aku tepat mengenai sasaran. turun dari kereta, aku pergi ke pejabat bendahari untuk beramah-mesra dengan bendahari di situ. siapa tahu kalau-kalau hatinya lembut dan aku tidak perlu membayar sebarang perbelanjaan untuk pengajian aku di masa akan datang. selesai, urusan aku di kaunter bendahari aku terus melangkah meninggalkan angan-angan untuk belajar percuma tadi. aku berjalan pantas untuk menuju ke pejabat hal ehwal pelajar, aku akui yang jantung aku dup dap dup dap juga risaukan pejabat hal ehwal itu tutup. masa sekarang menunjukkan 4.30 petang. sesetengah pendapat mengatakan pejabat itu tutup jam 5.00 petang, ada yang kata pula, pejabat itu tutup jam 4.45 petang. aku tak pernah siasat hal itu sepanjang pengajian atau mungkin aku terlupa. sampai sahaja di kaunter aku disambut dengan senyuman dan kata-kata 'awak ni, datang lambat-lambat.'


aku dengan termengah-mengah berkata 'saya baru sampai dari kampung'. semuanya benar. memang rumah aku 15 minit dari (bekas) sekolah filem itu tapi sebelum itu aku pulang ke kampung. sebab itu aku bertolak pukul 4.00 petang ke sekolah itu.


kemudian, aku meneruskan kata-kata untuk menyelesaikan 'sesuatu'. dalam perkiraan aku, 'sesuatu' itu akan selesai dalam masa 5 minit. bukan susah sangat pun, print, tandatangan, cop. namun, begitu, sasaran aku meleset jauh, bila aku perlu berdiri dengan kadar masa yang lama. boleh dikatakan, semua pamplet di kaunter aku habis baca dan semua surat-surat yang tidak dituntut juga aku sempat semak.


penjaga kaunter yang kagum dengan semangat aku yang tidak beranjak dari kaunter itu, akhirnya mengajak aku berbual-bual. sambil-sambil dia menaip pendaftaran pelajar baru (berdasarkan perbualannya dengan rakan sekerjanya sebelum ini). kafe dan dining yang ditutup kerana tidak menjaga kebersihan menjadi topik perbualan. kali ini kafe dan dining yang menjadi tempat makan pelajar pada waktu tengah hari ditutup selama dua minggu gara-gara kebersihan yang tidak dijaga. aku malas nak ulas sangat isu ni. setiap sem tak pun, setiap dua sem mesti ada je tempat makan pelajar ditutup. bila nak berubah woi.


buat yang berada di kolej semoga tabah. tak pun, boleh call domino's pizza delivery, hehe.


domino's pizza baru mesej aku promosinya yang terkini tadi tanpa diminta.

12/7/11

Kenapa '"Mahu Cuba Seperti Formspring" ?

bukan sebab rasa popular atau apa-apa.

Minggu aku buat post tu, aku tak ada idea untuk menulis. Aku tak suka bila aku tak ada idea. Jadi, aku tanya orang apa yang orang nak tahu pasal aku. Jadi, blog ini bersifat dua hala (sekali-sekala) dan syok sendiri (di kebanyakan masa). Aku tahu tak ramai akan tanya, pasal tu aku berani buat. Kadang-kadang jawab, banyak sangat soalan pun aku tak suka, haha ! Bila orang tanya sesuatu, orang tu telah menimbulkan topik, bila seseorang orang itu dah timbulkan topik, kau akan mula berfikir. Kemungkinan blok-blok yang membentuk tembok seterusnya mengakibatkan wrtier's block untuk akan tumbang satu-persatu.

If you do not know, which post I was talking about. It's here.

Dan berikut ada kompilasi kepada yang telah ditanya :

soalan #1 : first time gigi tercabut masa bila?

soalan #2 : kenapa perlu berahsia tentang kekasih hati ? kenapa tak sambung arkitektur ?

soalan #3 : Siapa ajar buat kapal terbang kertas? Apa package/syarat-syarat untuk seorang lelaki menjadi pasangan hidup anda? Untuk pertama kali kau jatuh cinta, apa kau rasa?


Untuk mengetahui jawapannya, klik lah pada soalan-soalan di atas.


Dan jelas sekali, antara sebab lain adalah kerana aku tak ada Formspring tetapi tidak merancang untuk membuat akaun lagi.

12/6/11

#4 : tak terfikir nak collaborate dengan author lain tulis zine i-me ? lagi tebal lagi masyuk!

- soalan dari Muhammad Ikhwan, Pemilik Kepada Dua Blog,


apa mukadimah yang sesuai untuk jawab soalan ni ? hmm. never mind, straight to the point.

sebenarnya, aku mula tulis zine dengan berkolaborasi dengan penulis lain dari 9BelasZine untuk NOKSS 1 dan 2. hanya selepas itu, baru aku berani decide untuk launch zine solo (I-Me).

jadi, untuk menjawab soalan di atas, aku ada terfikir tapi mungkin untuk isu 3 dan seterusnya nanti. al-maklumlah, sekarang masih lagi dalam tempoh pengenalan, cari market, ruang dan peluang dulu. isu 2 pula sudah dalam rangka.

apa pun, kita sama-sama tengok nanti macamana.

Bercakap pasal zine ni, nak buat satu pengumuman. I-Me dan Nokss yang diceritakan di atas akan dijual di meja yang sama di Boco! 2011 bersama beberapa zine lain. Datanglah beramai-ramai !

Selain itu, Zine I-Me juga boleh didapati di acara dua minggu sekali - Buku Jalanan.

Oh, lagi satu, aku telah dihubungi berkaitan dengan sukarela untuk menjadi runner untuk Zine I-Me (terima kasih). Sesiapa yang berminat boleh emel ke 'lifejournal94@yahoo.com' dengan tajuk 'Runner'. Kita boleh berbincang di emel dengan lebih lanjut. Cuma nak cakap awal-awal, benda ni tak dijanjikan apa-apa bayaran.

Terima Kasih Semua (:




sekian.

12/4/11

#3 : 3 Soalan Sekaligus, Aku Habak Kat Hang.

Soalan 1: Siapa ajar buat kapal terbang kertas? Soalan 2: Apa package/syarat-syarat untuk seorang lelaki menjadi pasangan hidup anda? Soalan 3: Untuk pertama kali kau jatuh cinta, apa kau rasa? Sila terangkan secara detail. Boleh jawab tak ni? XD

- soalan dari Cassy Patricel Junalis, Cikgu Gitar Bersara


selalu letak tajuk panjang-panjang ok je. kali ni tak boleh pula. rupanya lepas kira soalan ini lebih 40 patah perkataan. jadi, kalau nak buat tajuk entri, tak boleh lebih 40 patah perkataan.

disebabkan soalannya banyak, dan siap minta diperincikan pula, aku ambil masa lama nak jawab.

Soalan 1: Siapa ajar buat kapal terbang kertas?

Rasa macam tak ingat. Boleh jadi, adik lelaki atau kawan sekolah rendah.

Tapi ceritanya boleh jadi begini. Mungkin dari dulu, aku memang pecinta alam sekitar (dan akhirnya di tingkatan 5 aku memasuki kelab pecinta alam) menyebabkan aku tak suka koyak buku. Tak kira koyak separuh atau di bahagian tengah. Kalau kawan-kawan bagi kertas yang mereka koyakkan dari buku mereka tak apa. Aku rasa dari kertas-kertas yang dikoyak dari buku mereka ni aku belajar. Maklumlah, meja zaman sekolah rendah disusun berkumpulan. 4 meja disambung menjadi kumpulan. Dengan team yang inilah kau paling kamcing dan tak rasa bersalah sangat untuk tiru kerja rumah. Kawan-kawan lain, kita jumpa waktu rehat (atau mungkin pagi, petang dan ketika naik van sekolah).

Oh, lupa nak cakap, aku anggarkan waktu aku belajar buat kapal terbang kertas ini masa 9 tahun.

Selalunya, bila dah belajar dari kawan-kawan di sekolah, cuba praktis di rumah kemuadian beradu siapa punya lagi power dengan adik-adik. (Benda ini tak tertakluk pada aktiviti kapal terbang kertas sahaja. Contoh lain : Lawan Pemadam).

Selain dari, buat kapal terbang, kami juga kreatif buat bentuk baju kemeja, love, main magik, sampan dan sebagainya. Semuanya dibuat dengan duit RM 1, nilai tertinggi duit belanja zaman itu. Kemudian, kami bagi duit itu kepada mak cik kantin, bayaran untuk alas perut kami di waktu rehat. Terpaksa mak cik kantin buka 1 per 1 hasil seni origami kami. Maklumlah, tak mahu koyak buku dan membazir kertas.

Tapi sekarang aku tengok kualiti kapal terbang kertas ciptaan aku tak berapa power. Tak terbang tinggi atau jauh. Mungkin tertinggal satu step.

Soalan 2: Apa package/syarat-syarat untuk seorang lelaki menjadi pasangan hidup anda?

Tak tahu. Rasanya tak ada syarat. Buatlah syarat macamana pun, kalau dah suka, suka juga. Tapi kalau dah suka mesti bersebab.

(Aku rasa Cassy ni sekarang kerja dengan pejabat ejen cari jodoh.)

Soalan 3: Untuk pertama kali kau jatuh cinta, apa kau rasa? Sila terangkan secara detail.

Cinta pun tak tahu apa sebenarnya. Inikan pula jatuh cinta. Kita boleh tanya 1000 orang tentang makna cinta tetapi semua akan bagi definisi lain-lain. semuanya bergantung kepada pengalaman dan apa yang telah dilalui oleh diri masing-masing. Macam aku, aku rasa aku tak ada jatun cinta lagi. Setakat 'suka-suka' sikit adalah, benda-benda 'crush' ni rasanya tak sesuai diklasifikasikan sebagai cinta. Hari ini suka, esok lupa. Diikuti bertemu dengan baru dan begitulah kitarannya.

Jadi, dalam isu ni bolehlah kita berpatah balik ke soalan nombor 2, i need a man who can define love for me. ececeh ~

Ahh, esok boleh jadi lain pula. Biasalah seiring kehidupan berjalan kehendak dan keperluan turut berubah.

Tak ada yang pasti mengenai cinta mungkin juga sebab tak ada apa yang kekal dalam dunia ini.

Boleh jawab tak ni?
I just did. Ini kira 4 soalan ke macamana ?


Sekian.