12/31/12

we survived everyday.

"aku rasa blog aku dah makin hambar dan tak kelakar."

"pernah pulak blog kau kelakar ?"

"(-_-')"

_______________________________________

a lil' bit of everything in 2012 : 



365 days, 12 months, 1 year of course there be up and down, bittersweet. But most of the time, it is great. A year surrounded with amazing people, food, books, places and every little things that happen. Definitely, another wonderful year. Alhamdulillah (':


Bukan 'salah satu' tetapi 'lagi satu'.





Sincerely,
"@aimi_rosli" 
-- you'll know where to find me.

12/14/12

tolong

"terlalu lembut hati dan terlalu keras hati -- ada rasional di tengahnya."



masa mula-mula aku buka page 'new blog post' ni, aku nak tulis satu esei tentang kewajaran keputusan yang aku ambil dan segala teori tentang orang yang patut ditolong dan tidak ditolong.

tapi masa tu, aku tak banyak masa. bola dah nak mula. 

nak pos benda-benda bermakna kena berfikir sekurang-kurangnya 10 kali, baru pos tak nampak emosi. kena elak gelaran 'perempuan emo'.

tengok bola tadi, betul-betul escapism untuk aku. ada masalah kau tak boleh lari, nanti dia kejar. kalau kau berdiri tegak antara masalah tu pun tak apa, nanti pelan-pelan dia lalu jelaskan semua yang keruh.

macam gila, banyak pula part nak menjerit. aku tak mahir sangat nak maki-maki. sejenis katarsis terjadi apabila seorang pemain dibuang padang dan memaki keadaan, dari sebak kepada menangis. aku dapat rasakan aku lakukan perkara yang sama walaupun aku tak buat semua tu.

wisel ditiup, permainan tamat. kalah.

tak rasa apa-apa, hati jadi kebas. semuanya harmoni.



di setiap 'tidak patut', timbul pula persoalan 'peluang'.
"ok. kita bagi peluang. tengok dia buktikan macamana."




11/11/12

Zine I-Me Isu #2

Hai.

Harap tak ada yang bengang bila gambar-gambar countdown tarikh Zine I-Me dijual melimpahi news feed. Hampir setahun juga rasanya, orang asyik tengok poster 'AKAN DATANG'. Kali ini, betul. Kali ini, final countdown.


















Sengaja aku pilih tarikh 11/11/2012 walaupun zine ini siap lebih awal, sebenarnya. Ini kerana ketika 1 November 2011, zine ini mula dijual. Pada 11 November pula, FB : Zine I-Me mula beroperasi. Jadi tahun ini, di tarikh yang sama aku release Zine I-Me isu #2 : Catatan Penganggur.





Berbeza sikit dengan yang pertama yang ini ...

(Ok, aku dah lupa nak tulis apa sebab ketika sedang buat entri ini, aku dipanggil untuk makan tengah hari).


Orait, semua info mengenai dan cara mendapatkan zine ada dalam poster di atas.


atau

klik FB : Zine I-Me




Semoga hari-hari anda baik-baik saja (:

11/6/12

Pengaruh

Masa zaman kanak-kanak drama-drama TV saya programkan saya dengan pemikiran supaya berhati-hati dengan kawan di universiti, mereka akan hasut kawan-kawan yang lain untuk membeli telefon canggih menggunakan duit pinjaman.


Syukur, bila saya masuk ke universiti saya tak dikelilingi dengan kawan-kawan yang menghasut supaya sentiasa menukar telefon bimbit kepada yang lebih canggih.


Tapi sekarang saya ada satu dilema. Begini ... 


Saya ajak 2 orang kawan saya join pertandingan online untuk menangi tiket supaya dapat tengok movie percuma, malam esok. Tanpa disangka-sangka kami semua menang. Movie bermula pukul 9 malam di sebuah pawagam di bandaraya. 


Kawan saya kata mesti bertolak pukul 6 petang -- saya kata kelas saya habis pukul 7. pergi pukul 7. 


Dia kata tak sempat dan dia kata ponteng kelas pukul 4.30 petang hingga 7 tu atau keluar awal (keluar awal ? memang tak lah, nak cakap pun takut). Kelas 4.30 tu pun sebenarnya ... bermula pukul 4 tapi sekarang ni, jurusan yang saya ambil ada buat Talk. 


Jadi, kenalah ... saya dengan classmate pergi lambat kelas kul 4.00 sebab Talk tu wajib. 


Talk tu dijangka habis pukul 4. Untuk solat dan ambil bas ke fakulti, saya jangka kami sampai pukul 5. Saya tak nak missed benda-benda penting dalam kelas tapi saya juga nak raikan tiket yang saya menangi. 


Persoalan sekarang -- patut ke tak saya ponteng kelas tu ?

11/1/12

Seram Ke Tidaaak ?


Hari ini, hari Khamis. Sepatutnya sama macam hari lain. Tapi Khamis kali ini
adalah sangat disturbing. Biar aku ceritakan kenapa, Bermula dengan ...
4 pagi :  Belum tidur, bukan baru bangun. Aku sedang asyik melihat blog fesyen. Lagu yang aku sedang dengar di Youtube sudah tamat, aku belum tekan replay. Jadi bilik sangat senyap. Tiba-tiba, pintu diketuk. Tubuh aku melonjak tersentak akibat terkejut bagaikan artis yang dikenakan karen di dalam rancangan Betul Ke Bohong. Rupanya, adik aku lapar ... cari makanan di dapur.

6 – 11 pagi : Tidur ... Tidur ... Tidur.

12 – 1 pagi (eh, petang) : Aku terjaga kejap tadi (11-12). Sambung tidur adalah pilihan yang salah. Kerana aku bermimpikan yang bukan-bukan. Berikutan mimpi yang terlalu merepek, aku ambil keputusan untuk bangun.
SKIP to 3 petang : Ambil keputusan untuk on laptop. Tengok cerita menarik apa yang dah di-upload di Youtube. Ok, dah jumpa satu !
Klik! – ada iklan pula nak kena tunggu loading. buka Tab lain.
Terkejut lagi bila tiba-tiba ada suara perempuan menjerit nyaring. Ahh, iklan cerita hantu apa ni, buka Tab youtube. Ok, ok, babak seram. Tak nak tengok. Lekas-lekas tekan Skip AD.

SKIP to 6 petang :   Sedang dengar lagu dengan volume dengan sangat kuat. Boleh dikategorikan menganggu jiran-jiran. 1Notification masuk : Kawan bagi link yang bertajuk ‘--Rahsia Turunkan Kalori--’ teragak-agak nak buka. Tapi dia tanya sampai 5 kali : dah tengok belum, dah tengok belum, dah tengok belum, dah tengok belum, dah tengok belum, jadi, bengang pula. Aku pun klik tanpa berfikir panjang sambil mulut terkumat-kamit menyanyikan lagu yang dipasang kuat tadi (baru discover malam tadi). Sistem tubuh jadi terbejat dengan hilaian nyaring menusuk telinga, imej berdarah di hadapan skrin. Ahh, tak guna!
SKIP to 8 malam : Adik-adik rancak bercerita tentang cerita seram yang terjadi di sekolah mereka dalam seminggu dua ini di meja makan. Sebagai seorang yang berada di meja makan, aku turut mengangguk-angguk mendengar kisah mereka. Walaupun malas, ambil port sangat. Tubuh aku masih menggeletar akibat kekuatan hilaian dari link tak guna dari kawan aku tadi. Cerita mereka berlarutan kepada kisah seram dongeng yang mereka pernah dengar sebelum-sebelum ini. Kisah yang aku juga dengar ketika sekolah rendah.

SKIP to 10 malam : Duduk bersama adik-adik di hadapan TV. Sudah! Cerita seram apa pula ini. Tapi kena layan sama-sama dengan mereka baru nampak cool.

SKIP to 12 tengah malam : Ambil keputusan untuk tidur awal. Malam ini panas, tentu lambat lena. Sekurang-kurangnya, 2 jam berguling. Pejam, celik, pejam, celik. Bilik sangat sunyi kerana kipas baru dicuci. Cahaya bulan penuh sangat terang masuk ke bilik.

Tiba-tiba, terdengar bunyi kertas di bawah katil bergerak-gerak. Abaikan! Abaikan! Aku tutup mata rapat-rapat. Selubung satu badan. Selang sejam kemudian, aku terlena. Hinggalah, TIBA - TIBA ...





bersambung di dalam Zine I-Me #2



nantikan 11/11/2012






Sementara, itu dengar lagu ni dulu : 

10/14/12

Rumah Sewa #2 : Rosak

1. Kisah Misteri Kapas

Sedang baring-baring di katil sambil menonton sebuah rancangan komedi tanah air di Youtube bersumberkan Wi-fi fakulti yang hampir dengan rumah sewa ini.  Haruslah difahamkan bahawa rumah sewa ini 'dekat tapi jauh' dengan fakulti tersebut. 


Antara definisi ringkas tentang frasa 'dekat tapi jauh' ini adalah, setiap kali bangun pagi dan jenguk di tingkap akan nampak fakulti tapi tak boleh pergi ke sana dengan jalan kaki. Mesti kena naik bas. Rekod terkini, tunggu bas 45 minit, kelas yang diadakan cuma 30 minit.


Sambung balik, tentang menonton rancangan komedi tanah air tadi. Tiba-tiba, terasa air mengalir di pipi. Aneh juga, rasanya emosi yang sedang dilalui sekarang ini adalah gembira. Sedang mengesat pipi, menitik lagi dua tiga air di laptop. Berdebar, berbaur suspen melihat ke syiling. 


Persoalan tentang misteri kapas yang dilekat di syiling selama ini mula terjawab satu per satu.


_______________

2. Dance Dance Dance Dancing In The Dark

"Dah kenapa berus kain tak tutup pintu bilik air ? Jimat elektrik ke ?"


"Lampu rosak."


"Stail Disko lah ?"


















Tip 1 : Sewajarnya jika anda belum berkenalan dengan jiran / kawasan rumah anda jiran-jiran sentiasa sibuk, rumah ada wajar memiliki tangga lipat.

Tip 2 : Antara kemahiran asas yang diperlukan untuk duduk di rumah sewa adalah tahu menukar starter atau lampu terbakar.

9/17/12

Rumah Sewa #1 : Almari

Pertama kali sewa rumah. Syukur, rumah sudah fully furnished. Cuma tak ada almari baju.



Seminggu sebelum masuk ke rumah sewa ...



"Nak beli almari macamana ?"


"Ingat nak beli almari kayu / apa-apa jenis yang boleh dikunci," jawapan yang menggambarkan perasaan yang insecure dan keterbiasaan mengunci locker di kolej-kolej kediaman sebelumnya.


"Kenapa tak nak beli yang kanvas ?"


"Ish, tak tahulah!" tertekan.


**

Sehari sebelum masuk ke rumah sewa ...


"Dah jumpa dah almari yang macamana nak dibeli. Gambar pun ada," sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket (untuk tunjuk gambar yang ditangkap).



"Hmm ... boleh survey lagi malam ni kalau nak."


"Cuma ... almari ni tak ada kunci," masih dengan konsep mengunci loker. Padahal kalau di rumah mana ada orang kunci almari baju.


"Ok, juga yang ini. Pasang-siap ?"


"Tak. Pasang-sendiri."









8/31/12

Pulang Dari Kampung.

Mula-mula aku fikir nak letak tajuk entri ni sebagai 'Cerita Dari Kampung' yang kemudiannya isi kandungan entri ini mengenai sambutan atau perkara-perkara yang terjadi di kampung aku. Itu perancangan aku sewaktu di kampung. Namun, semuanya tergendala kerana pada hari raya kedua atau ketiga (ah, lupa!) aku mulai selsema. Aku selsema dari kampung hinggalah kembalinya aku ke rumah. Sekarang pun, aku masih lagi batuk-batuk kecil. Bertanya-tanya pada diri, bila nak sihat tapi bila pergi rumah orang malu nak minta air kosong, masih bedal air batu. Haha.


Power cermin mata aku naik. Amboi, dah macam filem French New Wave cepat aje jump cut ke topik lain. Naik +25. Masa aku di kampung aku dapat rasa, kalau aku duduk lebih lama di sana, power spec aku boleh turun (aku rasalah). Tiap petang kalau tak ada apa aktiviti, aku naik ke tingkat atas rumah berdiri tepi tingkap tengok bendang (sawah). Hijau, hijau, hijau. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa dan sangat nyaman. Kau boleh rasa perubahan hidup kau jadi lebih sihat. Nak pula, duduk di kampung tidur lebih awal. Tak lebih pukul 12 tengah malam, mata akan secara automatik menjadi sangat mengantuk. Berbeza dengan apa yang aku buat dekat rumah sekarang : 2.17 A.M sedang menulis blog.


Ok, aku kena jelaskan yang entri lepas yang bertajuk 'Menghampiri Suasana Di Aidilfitri' bukanlah cerita tahun ini. Itu cerita tahun lepas. Kawan aku tadi boleh pergi komen dekat status lama FB dia yang aku dengan dia rancak berkomen tahun lalu. Sebab dia dah mula komen balik dekat status tu, aku pun balaslah. Facebook pun tinggal 30% harapan je untuk tidak menjadi Ghost Town. Satu tahap tu dia cakap dekat aku 'jangan baca komen atas-atas ni. ok jangan baca lah aimi! jangan letak dalam blog pun tau! *marah sebab rindu'. 
Ini menunjukkan apa ? Haa, aku sebenarnya dah cuti - dua minggu sebelum puasa, puasa, dan 3 minggu raya. Macam mimpi puasa di rumah. Semuanyaaaaa di rumah bukan di kolej. 


Walaupun tak buat apa di rumah (kedengaran amat pemalas), cuti ini terasa sangat menggembirakan. Ditambah pula dengan program-program komedi yang dipaparkan di TV mencanak-canak naik. Habislah aku ulang-ulang 'Betul Ke Bohong', 'Karoot Komedia X', 'Warna Raya', Jep (?). Eh, masa  ... hari tu rasa macam banyak kenapa sekarang dapat senaraikan 3 je. Mungkin sebab sekarang dah 2.32 AM. Haha. Kalau boleh drama TV nak bolot tonton semua. Hari Selasa aku akan pastikan remote TV milik aku bermula jam 10.30 malam. 


Petang tadi, aku pergi beraya dengan kawan-kawan dari sekolah menengah. Tak pernah gagal lagi raya bersama sejak tamat sekolah walaupun makin lama makin sikit yang ada di kawasan ni, dicampur dengan kekangan jadual pembelajaran yang berbeza,. Tapi masa tingkatan 5 dulu pun kawan sekalas cuma 20 orang ja. Kami adalah tangkap gambar sama-sama. Masa tangkap gambar sama-sama tu, terperasan ramai betul pengguna Samsung (Samsung VS iPhone, bincangkan). Jadi, sebab tangkap gambar jari berbentuk bintang atau kasut dalam bulatan adalah terlalu mainstream, kamu tangkap gambar phone. Tapi aku bukan guna samsung. Aku #TeamSonyEricsson. Haha.   




Beraya punya beraya, ramai yang terlupa tarikh. Tak sedar 31/8 tiba. Kebelakangan ni, macam perkara-perkara yang terjadi dalam negara ini. Faham, kita semua mahukan perkara yang terbaik untuk negara tapi kita semua juga perlu terus membela keamanan yang kita ada sekarang. Perbezaan, percanggahan pendapat itu perlu untuk melihat pro dan kontra dalam sesuatu perkara tetapi rasanya rusuhan tu takkan membawa kepada negara kepada menjadi terbaik. Sebelum, pergi lebih jauh ... sedar tak kita nak Merdeka ni tayang 'My Name Is Khan' filem-filem perang atau perjuangan dari luar. Filem bercorak patriotik amat sikit dalam negara kita. Ada tahap kita sampai boleh bertanya pada orang 'Eh, tahun ini TV mana tayang Hati Malaya ?', 'TV apa pula, tayang Bukit Kepong ?'. Tolonglah orang industi, bebaskan diri dari cerita-cerita hantu, seram, rempit, mengarut sekejap. 



Tahun ini, kurang sikit filem hantu ditayangkan waktu raya. Aku harap tak perlulah, aku ingatkan tiap-tiap tahun yang bulan Syawal ni kita sambut raya bukannya Halloween. Tak perlulah tayang cerita hantu tiap masa. 



3.00 AM.



Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-55. 

8/16/12

Menghampiri Suasana Di Aidilfitri

INT. BEDROOM (HOSTEL) / NIGHT - FLASHBACK

Tilam di katil sudah berlipat. Beg sudah di tepi pintu. Lampu belajar terpasang. Sekelilingnya malap. Paling terang selepas lampu belajar adalah komputer riba yang menyala. Masuk dua orang rakan ke bilik. Gitar di tepi almari dicapai.

"Ok, geng kita nak main lagu apa malam ni ?"

"Lagu rayalah."

"Lagu apa dulu ?"

Senarai lagu dikeluarkan dari poket.


EXT. BEDROOM / NIGHT - FLASHBACK

Senarai semak tugasan cuti raya dibuat. Hanya sedikit senyum yang mampu diukir kerana semua subjek ada tugasan perlu dibereskan dalam masa cuti raya seminggu. Semua kecuali satu.

Telefon berdering. Panggilan dari seorang pensyarah tidak memberi tugasan tadi.

"Awak dah balik ke kampung ?"

"Belum."

"Oh, baguslah. Saya nak jumpa awak sekejap lagi."


PERTEMUAN

"Ok, ini draf pertama awak semua. Cuti raya ni buat draf 2. Nanti lepas raya, saya nak satu kelas submit."

"Tapi semua orang dah balik. Saya pun patutnya nak balik tadi."

"Awak patut bagitahu saya awal-awal."

"Tak apalah nanti saya fikirkan cara nak pas draf pertama ini."


Senarai tugasan ditambah.


INT. BEDROOM / NIGHT - NOW

Laman Sosial status update : Bahagianyaaaaaa cuti semester sebulan puasa dan 2 minggu raya.


Laman Sosial status update 2 : Kali ini tak ada petik gitar nyanyi lagu raya, cuma sing-a-long di radio.

"Fine. haha. puasa macamana? tak lama lagi raya. datanglah rumah main lagu raya."

"Mesti kena main lagu sama macam tahun lepas."

"Ingat lirik lagi tak ?"

"Mestilah. Usahlah abang membuang waktu mari menuju ke rumah bonda ~~"

TAMAT




Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.
Pulang ke kampung dulu, ya ?
Sanak saudara sedang menunggu, di pagi mulia bertemu mesra ~~

8/7/12

Kenang-kenangan di Waktu Yang Berjalan.

"Are you athletic?" .. "Yeah I surf.....the internet. - adalah antara lawak yang aku temui online. Mungkin petanda aku terlalu banyak meluangkan masa di dunia maya ini.


Oleh sebab itu, aku nak keluar berjalan-jalan esok. "mieee, esok pkl 10 tau.semua jadi ikut ke?"


Setelah mendapat pesanan tersebut aku pantas menaip pesanan ringkas "Kawan-kawan, esok pukul 10 pagi. Pakai cantik-cantik. Mari bersuka ria" - Sent!
Malangnya, aku terlupa nak taip "Tidur awal malam ni" macam yang aku rancang sebelum tu. Mungkinkah, terlalu teruja ?


"Tidur awal malam ni" adalah satu lawak. Come on, remaja kan ? Remaja tak tidur awal. That’s how it's supposed to be, living, young and wild and free ~ Tak ada nak young, wild and free sangatlah, aku dah mula rasa tak tidur malam ni bagi efek memudaratkan pada tubuh badan aku, tetapi aku masih tak tahu kenapa aku tak tidur awal. 


Aku ada pasang cita-cita juga, cuti semester ni patut pukul 11 malam aku dah tidur. Status cita-cita : Tidak Berjaya - pukul 1 atau 2 aku mesti terjaga. Ada satu malam tu dikejutkan dengan kehadiran lipas terbang (walau dalam gelap, aku boleh rasa kehadiran lipas dengan bunyi sayap atau pergerakannya). Malam-malam berikutnya, aku diganggu nyamuk. Aku tercari-cari juga, mana aku letak ubat nyamuk (elektrik) aku. Bila tak jumpa, aku masih tertanya-tanya di mana ubat nyamuk (elektrik) tetapi tak teruskan pencarian. 


Sambung balik mengenai, keluar berjalan-jalan tadi. Sebenarnya, dalam usia sekarang ni, nak keluar berjalan pukul 10 pagi boleh dikira awal juga. Terkenang zaman tingkatan 4, 5. Zaman kereta dan motor hanya dipandu oleh ibu bapa dan bukan anak-anaknya iaitu kami. 


Aku dah pernah tak terangkan atau belum, yang tempat tinggal aku ni agak jauh dari kemajuan. Aku tanya mengenai aku dah pernah terangkan ke belum mengenai tempat ni sebab aku ni kadang-kadang bercerita tanpa sedar terulang benda sama dua kali, asyik tercakap point sama, ulang-ulang-ulang-ulang. Ada seorang kawan aku pernah tanya "Aimi, kenapa awak asyik emphsize dekat point yang sama ?". Aku macam ... Damn, it happen unconciously.


Sambung balik mengenai kawasan perumahan. Bukan pendalaman cuma bandar yang sedang membangun. Pembangunan yang lambat mempengaruhi cara pergaulan dan  sosial kami. Memang tak ada bas masuk ke dalam kawasan ni. Jadi, kami sebagai remaja di kawasan ini tak pernah keluar hang out / chill out bersama di mall atau shopping complex sehinggalah umur kami mencecah 16 tahun. Maklumat tambahan : kami juga tidak melepak di kedai makan selepas tamat waktu sekolah. Kami adalah generasi yang pulang dari sekolah terus tidur, kelas tambahan, stay back di sekolah, berjumpa di taman pada waktu petang. Paling banyak dalam ingatan adalah menghabiskan masa di sekolah. (Walaupun tidak jadi pelajar paling cemerlang, but yeah.) (Sebenarnya, stayback di sekolah ni pun ada kaitan dekat masalah transportation juga).


16 tahun adalah turning point kepada dunia pergaulan kami. Bila sebahagian dari kami masuk ke asrama, kami berjanji (bukanlah berjanji benar tetapi amat berharap) supaya hubungan persahabatan kami kekal. Jadi, kami semua telah sign up Mail dan Myspace. "Keep in touch dekat Myspace tau!" Kebetulan rumah aku baru masuk internet, tahun tu. Ada yang awal-awal lagi dah ada Myspace. Aku masa itu sangat naif, Myspace pun aku tak tahu apa (Setelah difikirkan, aku memang sangat naif semasa sekolah. Mungkin, masih lagi naif. Aku tak pasti).


Myspace adalah Myspace. Tak sama dengan berbual berdepan. Jadi, bila kawan-kawan dari asrama cuti atau hubungi kami. Sehari suntuk atau seminggu akan rancang macamana nak keluar dari bandar ni. Mak ayah siapa yang akan hantar ke KTM, pukul berapa kena bangun, nak balik pukul berapa. Semuanya telah diaturkan. Boleh kata pukul 7 / 8 pagi dah keluar. Malam sebelum tu adalah yang teruja sampai tak boleh tidur. Nak rocking-rocking in the city, katanya.


Haa, ni sorang kawan aku dah reply mesej aku tadi. "10 Pagi ? Wah, awalnya !"


Oklah, aku patut tidur. Eh, sahur. 


Tak sabar-sabar, dah countdown raya ke ?

7/30/12

aku rasa jadi ATLET tu cool.

kalau boleh jadi atlet, aku nak jadi atlet lumba lari (:

sebagai tanda kesungguhan, 2 hari aku main badminton kat jalan raya.

tapi semalam aku masuk court tiba-tiba hujan.
beberapa hari sebelum tu aku nak jogging pun hujan jugak.

mungkin atlet bukan takdir aku, hmm.

7/14/12

Dua Bulan Bermula Dari Sekarang.

Song Played : Someday I'll Be Good Enough - Bodyslam



Sabtu


Ahad


Isnin


Selasa


Rabu


Khamis


Jumaat


I'm officially on holidayyyyyyyyyyyyyyyyyy ~
ok, semester break.

____________________________________________

"kau cuti berapa lama ?"
"2 bulan,"
"lama gilaa, apasal tempat aku paling lama 2 minggu je. tak aci, gila."
"kadang-kadang masa dia bagi tak lah lama. 1 bulan lebih je, tapi kau kena fikir positif,
"huh ?"
"contoh : cuti 1 bulan lebih, malas nak kira. cakap jelah dekat orang cuti tu 2 bulan,"
"..."
"tapi kalau time kuliah 4 bulan lebih jangan cakap lebih tu ada berapa. Cakap je 4 bulan."
"-.-"
"Be positive, stay optimist. Come on !" :P

7/1/12

Kelab


Kelab pertama aku sertai di zaman persekolahan ada kelab ... aku dah lupa. Masa darjah empat aku cuma ingat aku sertai Puteri Islam. Ketika darjah lima aku sertai Kelab Pendidikan Seni (Seni Kreatif, mungkin). Makin lama aku pilih yang makin relaks, aku masih di kelab yang sama. (Mula-mula aku fikir aku dalam Kelab ‘permainan dalaman (indoor games)’ rupanya itu Permainan – tahukan sekolah ada 3 benda dalam kokorikulum  : Persatuan, Permainan, Kelab).

Menginjak ke sekolah menengah, aku dah beralih ke kelab ... HAHA! Aku ingatkan ingatan aku kuat, tapi asyik lupa je.

Ok, aku dah ingat. Aku masuk Kelab Bahasa Inggeris. Dipengaruhi rakan-rakan, aku bukan sahaja speaking malah aku telah berlakon di perhimpunan sekolah. Seperti biasa, aku watak tambahan. Stage fright ni bukan perkara main-main. Naik atas pentas semuanya terkunci termasuk mulut.

Selepas 3 tahun, berturut-turut setia kepada Kelab Bahasa Inggeris, pucuk pimpinan beralih arah. Maka, kami pun berpecah. Di tingkatan 4, tanpa faktor yang jelas aku telah memasuki Kelab Pencinta Alam. Bukan sebab tak cintakan alam sekitar aku menulis kemasukan aku ke dalam kelab itu ‘tanpa faktor yang jelas’ tetapi aku sendiri bingung mengapa aku menukar kelab. Rasanya ada berhubung kait dengan pengaruh kawan-kawan dan faktor kenderaan (sekolah jauh dari rumah).

Selepas tamat zaman persekolahan, zaman diploma telah datang menjemputku (keh keh keh). Rasanya ketika itu memang tak ada kelab-kelab. Koko pun cuma pilih satu benda je. Nak berkawad, menari atau apa.

Masuk zaman ijazah sarjana muda ni, aku dah tak payah ambil koko. Namun begitu, aku diperkenalkan dengan kolej yang begitu aktif membabitkan penglibatan penghuni-penghuninya. Pelbagai kelab diwujudkan. Siap ada kempen ‘1 Kelab, 1 Siswi’.

Malangnya, sehingga tarikh tutup aku masih tak mendaftar. Dan itu merupakan syarat wajib untuk duduk di kolej semester depan. Itu bukan sebab utama wujudnya entri ini. Selepas tarikh tutup menyertai kelab ditamatkan tempohnya baru aku sedar ada kelab ‘menonton filem’ ingin diwujudkan. Malangnya, kurang mendapat sambutan kelab itu dan beberapa kelab lain telah dibubarkan atas sebab yang sama. (Perasaan ketika melihat pengumuman : kalau kelab ni ada, aku dah join. Hihi.)

Hari ini, kelab seperti Kembara, ICT, Kebudayaan, Catur masih utuh di sini. Cuma aku nak cadangkan supaya wujudkan Kelab Pencegah Jenayah. Kasut baru aku, baru sahaja ditibai (jangan tanya kenapa letak di luar bilik. Rak kasut di luar adalah antara jawapan yang akan kau terima dari aku). Kawan-kawan dari aras lain pula kehilangan skinny jeans. Baru-baru ini, ada berita penceroboh mengetuk pintu bilik. Dalam pamplet tu cuma cerita orang tu ketuk pintu bilik dan sebut nama pelajar. Pamplet tu tak cerita, penceroboh tu buat apa. Seram woi !

6/7/12

Sebenarnya, kita semua memang suka cakap dengan diri sendiri.

Melihatkan perkembangan format dan corak pergaulan di ruangan sosial, aku dapat kesimpulan kita memang suka cakap dengan diri-sendiri. 


Walaupun, kadang-kadang bila kita duduk sorang-sorang atas kusyen sambil tengok TV, kemudian, perhatian kita teralih kepada budak 4/5 tahun yang sedang bermain seorang diri, bercakap seorang diri bersama dunia imaginasinya dan kita pun berkata "Gila !" atau "Entah apa-apa." 


Kita takkan dapat menolak kita memang suka cakap sorang-sorang.


Cuma tak tahap teruk macam sinetronlah, nak buat jahat, cakap sorang-sorang mengenai plan jahat di belakang dinding dengan muka menyampah.


Kembali pada ruangan lama sosial tadi.


Kita bermula dengan Myspace. Di mana kita approve dan add semua orang termasuk stranger-stranger. 


Lepas beberapa tahun, Facebook pun wujud. Kita cuma approve kenalan terdekat, family dan yang ada mutual friends sahaja.


Masuk Twitter, tak perlu berbual dengan orang lain. Tweet pasal perasaan, rungutan sendiri pagi petang siang malam. 


Tak kisahlah, macamana pun. Cuma harap dekat realiti tu reti lagilah nak bergaul dengan orang lain. Layan gajet sangat pun tak boleh juga. 


Aku sebenarnya, macam nak buat juga pos bertajuk "Momen janggal bila kawan kau kata "buat macam biasa" tapi kau masih berfikir-fikir nak buat gaya macamana" tapi tak ada isi nak letak. Haha. aku blur kat depan desktop terang-terang ni. Blogspot ni pun, tak tahulah design apa yang dia pilih ni. Pening kepala menengok. Yang lama better. (Biasalah, suka compare lama dan baru ni. Tapi kau guna juga).


Btw, 'momen janggal' ? Dapat tak ? Momen janggal = The akward moment.



Gambar macam tak ada kena mengena. Haha, saja nak letak gambar. Sebab dah ada gambar.


Sebelum melalut lebih banyak, lebih baik tidur.


Sekarang, sebelum tidur sekurang-kurangnya sejam nak kena sejukkan badan sebelum terlelap. Cuaca menduga. 


Jaga kesihatan semua !

6/2/12

Sikit lagi sebelum sampai ke penghujung

Siri 'Mengejar Matahari'

Atas Besar : 25/4/2012 (7.30 PM)
5 Bawah :  26/4/2012 (6.31 AM - 6.55 AM)



to see life ; see the world

5/16/12

Kebanyakan masa kita luang untuk rasa debar, yang sedikit itu untuk rasa gembira.

Di kebanyakan waktunya, kita rasa tak selamat. Contohnya seperti, macamana hari pertama sekolah, bagaimana dengan rakan sekelas, adakah saya akan berjaya di dalam kelas ini, adakah cikgu saya seorang yang garang. Boleh jadi, cuma pada darjah satu atau sehingga habis sekolah, kita masih dibelenggu persoalan.

Contohnya (lagi), akankah menara gading ini mempertemukan saya dengan keajaiban dunia ke - 8 ?

Berdebar-debar berdiri nak perkenalkan diri pada hari pertama kelas.




Meningkat remaja atau menjadi pelajar universiti, berdebar separuh mati menunggu keputusan peperiksaan loading dalam email. semua kerana membuat assignment dalam penuh debar kerana last minute. Kalau boleh, 12 tengah malam baru nak mula. Supaya tak tidur, terus mandi dan pergi kelas.  




Bercakap mengenai membuat kerja last minute, saya ada banyak pengalaman (siri terlajak ke kelas pun banyak). Tapi saya pilih untuk cerita Top 2 sahaja. Mungkin tak sedahsyat, waktu kelas bermula baru mula taip assignment. Kemudian, call rakan-rakan tanya kelas dah habis kelas atau belum tapi saya ada cerita.

Saya sedang membuat assignment jam 7 pagi. Tidur, bangun, tidur, bangun, dari malam rasanya. Akhirnya, komputer riba saya, tidurkan dirinya sendiri. Tapi kali ini, bila saya cuba hidupkan, dia sudah tidak bernyawa lagi. "Matilah, macamana nak hantar. Kelas pukul 2.30 petang."

Tapi apa yang saya taip tu, tak banyak pun -- last minute. Saya tetap risau, saya telefon ayah saya, dia kata dah tak ada apa yang dapat dibuat. Cuma petang nanti dia datang ambil laptop. Tengok-tengok kalau boleh dibaiki (dan keputusannya amat mengecewakan kerana ia tidak dapat dibaiki).

Sementara itu, pulang dari kelas jam 12.30 petang, rakan serumah saya yang merupakan rakan sebilik saya yang juga merupakan rakan sekelas saya, terus menaip dan menyiapkan kerjanya. Saya lari masuk ke bilik dan tidur. Saya tak dapat fikir cara lain.

Pergi ke kelas, ramai yang tak hantar. Jadi, tarikh hantar dilanjutkan pada minggu hadapan. Saya menggunakan masa yang ada dengan meletakkan hidup saya di bilik IT perpustakaan, siang dan malam untuk membuat assignment. 

Tiba, di hari penghantaran assignment saya, saya masih menaip lagi 30 minit sebelum kelas bermula. (Bila komputer riba rosak, maknanya semua assignment saya perlu dibuat semula). Printer di perpustakaan saya, perlu tukarkan format Word kepada PDF sebelum di print. Disebabkan komputer yang saya guna bermasalah untuk menukarkan format tersebut, saya cucuk pendrive saya di komputer sebelah.

Malang buat saya, apabila semua folder dan assignment saya bertukar menjadi shortcut. Semuanya kerana Virus. Saya berdendam dan amat membenci virus tersebut. Semua usaha saya selama ini, lebur atau hilang begitu saya. Seperti membuat rumah dalam masa 5 tahun, dirobohkan dalam satu hari. 

Dalam cemas dan debar, saya tetap ke kelas. Saya tak reti ponteng. Saya ke kelas sambil membawa sehelai kertas A4 iaitu muka depan assignment saya yang telah lesap. Saya ceritakan semua tragedi yang menimpa.

Cerita berakhir dengan, pensyarah tersebut berkata "Ala, kesiannya. Hantar minggu depan lah." 

Ada 4-5 orang ikut saya hantar pada minggu berikutnya. 

Saya dapat B untuk subjek ini.




Saya keliru nak cerita yang mana satu. 

Ok, biar saya cerita yang ini. Tapi secara ringkas.

Saya kurang faham tentang subjek tersebut. Tak silap saya, kena buat 20 mukasurat penerangan tentang filem yang dipertontonkan. Ada bahagian dalam otak saya tak dapat interpret pelajaran kelas tersebut. Saya amat kagum siapa yang mampu mengaplikasikannya pada kehidupan atau filem lain. Sehingga hari ini kalau ditanya pada saya, saya tak tahu nak terangkan.

Akhirnya, perancangan untuk membuat esei tersebut pada awal waktu tidak berlaku seperti dirancang. Pertamanya, ada satu waktu, pensyarah tersebut melakukan sesi rundingan. Saya kurang ingat kenapa saya dan seorang lagi rakan lambat untuk ke bilik pensyarah tersebut. Jadi, kami menerima jawapan hampa apabila sesi rundingan tidak dapat dibuat sebab kami tiba lambat dan dia sudah mengunci pintu bilik untuk pulang. "Siapa suruh awak lambat ?"

Selepas dari hari itu, sudah tidak ada hari rundingan / perbincangan. Ada beberapa rakan yang sudah siap, saya jadikan rujukan dan cuba memahami. Mereka berkali-kali mengakatan bahawa "ala, aku tibai je ni. ikut kepala otak sendiri"

Waktu hantar assignment ada 2.30 petang pada waktu kelas. Tapi pada tarikh penghantara tidak ada kelas. Cuma perlu hantar dan tanda tangan. Malam sebelum itu, saya siapkan 10 mukasurat. Saya tidur 2 jam, kemudian bangun lagi. 

Dalam keadaan huru-hara saya bersiap ke kelas pagi. Tambah, huru-hara sebab pagi itu saya ada persembahan. Saya rancang untuk baca saja. Dalam kelas itu, saya menaip dan menaip lagi. Atas masalah yang berlaku, persembahan pagi itu ditangguhkan. 

Acara makan tengah hari saya lupakan seketika, saya terus pulang ke rumah dan sambung menaip. Selang sejam, saya menggeliat. Tiba-tiba, saya tersedar jam sudah hampir pukul 2. Ada 3 mukasurat belum siap.

Tak semena-mena, telefon saya berdering (waktu yang tidak sesuai untuk berbual. saya cuba menaip selaju lipas kudung). Walaupun begitu, saya masih mahu tahu, siapa yang menelefon saya. Jantung seakan berhenti apabila, pensyarah saya menelefon saya.

Dalam otak saya sudah mula 'matilah ! matilah ! aku sorang je ke tak hantar lagi ?' 

Pensyarah tersebut bersuara tenang "Aimi, awak ingat tak markah kumpulan yang saya bagi dekat presentation awak semua hari tu ?"

Sebaik sahaja perbualan ditamatkan, aku terus menaip pantas menyiapkan assignment tersebut. 3.00 petang aku hantar. Akhirnya, aku dapat B-.



(Tak gunaaa, aku patut cerita pasal subjek yang aku dapat A!) 
Oh, saya juga ada cerita tiga hari berkurung hidup terumbang-ambing dan marathon buat kerja. Bila keluar bilik jadi macam social retarded. Tapi tak apa lah, cerita debaran di konvokesyen pula.





Seterusnya, biar saya cerita mengenai debaran saya untuk naik ke pentas konvokesyen. Pada hari mengambil jubah, ketika hendak mengambil saiz jubah yang sesuai, petugas yang memberi jubah itu berkata pada saya "saiz ni ok lah. nanti akak kena pakai kasut tinggi tau." 

Saya buat muka panik. Dalam otak saya fikir (atau harap) budak ini main-main.

Semuanya musnah apabila ketika sesi raptai, pegawai yang bertugas berkata "pelajar perempuan mesti memakai kasut bertutup. Bertumit. 1.5 inci."

Saya mula gelabah. Gila, nak pakai kasut apa ! 

Dalam otak, sedaya-upaya fikirkan design kasut yang buka berwarna hitam seperti PRS di sekolah saya pakai. 

Mencari kasut sahaja sudah masalah. Akhirnya, kawan-kawan saya yang pilihkan. Kelakar juga, hari saya dapat tahu perlu pakai kasut tinggi, saya beritahu mak saya. Dan dia pesan "cepat-cepatlah beli. pergi praktis."

Malam selepas kasut dibeli, saya cuba 3 kali kasut saya. 1 - cuba seorang diri. 2 - roomate dan rakannya suruh saya modelling di dalam bilik. 3 - cuba seorang diri lagi (?). Bukan apa, kasut tinggi bukan apa yang saya pakai setiap hari. Flat adalah pilihan terbaik.

Mortar board terjatuh dari kepala, jatuh ketika menaiki tangga ke pentas, tersadung di pentas adalah antara mimpi-mimpi ngeri yang tidak diingini pada hari konvokesyen. Saya jalan se-teratur mungkin. Petanda yang baik, ditunjukkan apabila saya berjaya berjalan dari kolej ke stesen bas (pada pagi hari konvokesyen) tanpa tersadung atau sedikit-sedikit hendak terjatuh. Cuma separuh jalan, saya sudah sakit kaki. Hujung jari kecil di kaki saya sudah sakit. Tekanan mula terkumpul di bahagian hadapan kaki. 

Kalau kena jalan jauh lagi, saya sudah terfikir untuk buka kasut. Syukur, ibu bapa saya sampai awal dan saya menaiki kereta ke dewan konvokesyen (perancangan awal adalah saya berjalan atau naik bas ke sana). 

Setelah, beberapa jam di dalam dewan. Akhirnya, tiba giliran kami untuk menaiki pentas. Tahukah anda, isu kasut itu diperbincangkan, difikirkan dan di di di yang lain selama seminggu ? Durasi saya berjalan di atas pentas hanya 3 minit sahaja (mungkin kurang). Apa pun, saya gembira kerana semuanya sudah selesai dengan baik walaupun kaki saya sakit memakai kasut tinggi ini (ketak ketuk ketak ketuk -- bunyi ketika berjalan).

Gembira adalah apabila debaran berakhir. Sebelum bermula yang baru.




Kalau terlalu senang hati, mesti tak boleh menulis. Sebab sewaktu nak menulis akan terkenang. Bila tengok foto, jadi lupa, mahu tulis apa sebab ralit tengok foto. Tapi saya mesti cerita yang saya dah konvo. Untuk diploma.

Wow, pada hari guru, anak murid buat post menyatakan dia sudah konvo. Wow. 
(kenapa 'wow' post sendiri ? Wow! HAHA)

5/7/12

Radio

# Shock Jocks is outrages, rude, crude radio personalities. In addition, it is a DJ’s competing to become celebrities. 

Hujung minggu. Naik kereta dengan keluarga. Radio dibiarkan terpasang supaya bila kami tidak berborak, kami sing-a-long sama-sama. Paling benci bila, DJ radio tanya pada pemanggil : 

“Haa, awak tak nak bagi ucapan pada si ‘dia’ ke ?,” sambil tergelak kecil. 
Kedengaran pemanggil teragak-agak di hujung talian. 

Ada beberapa situasi untuk hal ini : 

A. Sama ada pemanggil beritahu ‘Selamat Petang, sayang !’ 

ATAU 

B. ‘Ehh, saya tak ada kekasihlah.’ 

Jika, menjawab dengan situasi A, DJ radio akan berkata : 

“Haa, si dia tu siapa nama ? Takkan tak nak bagitahu ke ? Cepatlah, kata sayang.” 

Pemanggil ketawa-ketawa malu. Akhirnya, mengalah dan beritahu nama kekasih. 


Jika menjawab dengan situasi B pula : 

 “Eleh, iyalah tu. Susah nak percaya.” 

Mood pemanggil sedikit menurun tetapi masih ketawa. Akhirnya, DJ mengalah. 

“Ok, saya mainkan lagu pilihan awak sekejap sahaja lagi.”

Jawapan lain, antaranya, "kalau macam tu, sayalah jadi kekasih awak."

Come on, ini bukan segmen cari jodoh !


Ini adalah antara situasi yang mengjengkelkan. Serius. Tak bohong. Silalah, cari soalan yang lain untuk ditanya. Rasanya pemanggil tu kalau nak bagitahu nama kekasih dia, dia dah bagitahu awal-awal. 

Ini bukan mengenai ‘tak ada siapa pun, nak dengar nama kekasih dia kecuali kekasih dia’ tetapi mengenai DJ itu. Mungkin, dia patut fikirkan subjek lain untuk diperbualkan. Aku tak rasa soalan-soalan macam ni, molek untuk ditanya pada budak sekolah (sekolah menengah pun sekolah juga). Sekali-sekala mungkin seronok dengar. Kalau dah, tiap-tiap minggu macam ni je, meluatlah.



Ow ow yeah ... kuatkan radiO, kuatkan radiO anda ...



Ok, boleh tutup buku. 
Ujian ditunda ke minggu hadapan. Maknanya, Isnin depanlah baru buka buku balik. 
7 bab kau nak baca saat akhir, kau memang gila. Alaa, bukan tak biasa.

4/23/12

“Aku ada cakap tak minggu ni cuti semester ? Abaikan. Cuti dibatalkan.”

Betapa bahayanya setiap ayat dalam otak berbunyi seperti status-status untuk diterbitkan di Twitter. Walaupun sebenarnya, tak ada Twitter. Dan gejala ini juga, yang mengundang kepada kelumpuhan entri panjang lebar di blog ini. Dulu ada seseorang berkata pada aku dan kawan-kawan bahawa, akademik mampu membunuh kreativiti. Kalau begitu, banyak lagilah punca kenapa aku dah lama tak tulis blog. 


Bercakap mengenai akademik, ya, seperti tajuk di atas aku sedang cuti pertengahan semester. Tapi aku malas nak borak mengenai assignment. Rumit. Hal ini demikian kerana, kita semua tahu di hujungnya kita akan kembali kepada kata-kata ‘tak student lah tak ada assignment.’ Dan kawan aku baru je tibai aku tadi bila aku kata ‘Tapi aku baru part 1 kot. Mana aku nak tahu semua benda.’ Lalu dia berkata ‘Part 1 tapi DEGREE.’ Malas aku nak reply dah. Haha. Ok, sebenarnya aku reply jugalah mesej tu. 


Seterusnya. 


Sebelum ini, aku tidak mengambil pernyataan bahawa ‘membeli-belah mampu menghilangkan tekanan’. Aku pun tidak begitu ingat kalau aku pernah menerima tekanan hebat. Ada dua sebab. Satu, mungkin sebab selalunya aku akan terus mengamuk. Dua, memang tak pernah terjadi. Untuk mengekalkan imej aku yang baik, eloklah kita pergi pada sebab yang kedua. (Sebenarnya, nak letak ‘HAHA!’ selepas pernyataan ini. Tapi nanti tak nampak main-main. Sepatutnya blog, berlatar putih dan bertulisan hitam ini bersifat serius. HAHA! Makin lama, makin menjadi-jadi pula sifat nak letak ‘HAHA!’ untuk semua benda.)


Jadi, cerita bermula apabila, aku dan dua orang rakan tamat menduduki ujian sebelum cuti pertangahan semester (jam 7, hari Khamis), berjalan menuju ke mall. Ia sebenarnya, adalah sebuah dataran yang penuh dengan peniaga. Tetapi bahan jualannya bukan calang-calang. Wajarlah dikatakan bahawa semua pelajar di sini berfesyen up-to-date. Sebenarnya, Isnin lalu, kelas ditamatkan awal. Kelas yang ditamatkan awal ini, bukan ditamatkan dengan suka-suka. Oleh kerana, buntu mengenai tugasan yang diberikan, terapi paling hampir di sini ialah window shopping. 


Window shopping adalah perkara biasa. Perkara biasa sehinggalah ada satu, dua, tiga, empat, lima benda yang buat kita jatuh hati dan rasa perlu untuk memilikinya. Maka, Khamis itu, aku nekad membeli dua helai baju, yang aku dah sasar dari hari Isnin. Dari Isnin ke Khamis, assignment juga makin bertambah-tambah. Kepala makin kusut, memikirkan mana tahu baju sudah dibeli orang. Bagaimana mahu bercuti dengan assignment dan sebagaimanya (hal ini jatuh no. 2 selepas baju [mana logiknya ? awak seorang pelajar]) Ya, ya, kita tunggu duit pinjaman masuk. Dan di saat hari genting, di mana sedikit lagi aras tekanan dalam diri meningkat ke peringkat tertinggi, duit pinjaman masuk. 


Berlakon memang seronok, walaupun tak kaya tapi dengan berlagak sudah buat kita senang. Aku dan dua orang rakan tadi berjalan laju menuju ke mall kami. Kami berjalan sambil berkata “Dah lah kaya, ada masa lapang pula. Tak tahu nak buat apa.” Masing-masing duit pinjaman sudah masuk. Tetapi masih order nasi goreng kampung. Tidaklah, secara tiba-tiba drastik menuju ke Kenny Rogers. Cuma kali ini, aku beli milo ais. Selalunya, aku beli teh o. Ini pertama kali, aku order milo ais, sampai aku baru tahu milo ais dekat sini harga RM 1.30. Ingatkan semua air dalam cup ni RM 1. 


Selesai makan, kami menuju ke kedai baju yang aku sasarkan. Berdasarkan dari pernyataan di atas, sudah menunjukkan bahawa aku tak reti membazir. Kalau aku reti, aku tak sasar pada satu kedai. Sebaliknya, beli di semua kedai. Gila. Malangnya, apabila aku kedai tersebut, salah satu baju yang aku mahu telah pun tiada. Jadi, aku cuma beli satu. Aku tak peduli. Aku sudah puas hati. Kawan aku bertanya ‘Pernah rasa tak, kalau time kita tak ada duit semua benda lawa. Bila ada duit dan nak beli, semua jadi macam biasa ?’ 


Aku mengangguk. 


Pulang ke bilik, aku pantas menyarungkan baju baru yang aku beli tadi, selama 2 jam. Ingatkan mahu buat tidur. Tapi aku perlu mandi. Dari pagi lagi, aku tak jejak bilik. Aku dah keliru. Aku rasa sebenarnya stress sebab memikirkan baju selama 4 hari atau assignment bertimbun. Abaikan. Semuanya tidak sepenting, 9 hari ini : makan lebih kenyang, hati lebih senang, hidup lebih tenang.






Ahh, akhirnya aku di rumah !

Ok, nak kena catch up tv show ni. 

4/2/12

Satu kali ganda buat kerja, Dua kali ganda online.

Hampir sebulan dekat sini, boleh dikatakan jadual aku, masih huru-hara.

Satu kali tak setting tarikh, Dua kali kena ambil gambar.


Kali kedua ambil, dah tak cantik macam yang pertama. Jadi, terpaksa update dekat blog je. Haha!

3/18/12

Update

Hai.

Lama juga, gua tak update blog. Kekok pula rasanya. Jadi, dekat sini gua nak khabarkan yang gua dah belajar dekat tempat baru sekarang. Tapi kali ni, gua tak nak bagitahu gua belajar dekat mana.

Sebenarnya, terbayang-bayang lagi zaman muda remaja gua (dulu muda remaja, sekarang remaja). Di mana ketika itu, gua update blog dan letak nama penuh nama fakulti gua sekali dengan course gua. Zaman muda remaja ni zaman myspace.

Bila tiba masa penghujung-penghujung minggu orientasi datang satu mamat ni bertanya “You ni Aimi ke ?”. Penggunaan “I-You” cuma bertahan lima minit sebab waktu lain kami berjumpa terus guna “aku-kau” sebab gua paling terbelit lidah kalau nak cakap “I-You” kalau pertuturan tu tak sepenuhnya Bahasa Inggeris.

Jadi sekarang, gua tak letaklah nama fakulti dan course gua pasal tak nak kena tegur lagi. Ok ok, itu bukan sebabnya. Sebabnya, gua saja nak bagi element of suprise. Nanti di masa hadapan biar lu orang sendiri bayangkan macamana tempat ni.Kalau gua bagi nama tempat ni, lu orang pulak dah tahu rupa tempat ni, tak magislah cerita gua.

By the way, mamat yang tegur gua “You ni Aimi ke ?” adalah classmate gua sampai habis semester. Minggu lepas dia SMS gua tanyakan macamana classmates baru. Haa, lagi satu gua teringat dulu ada sorang lagi classmates gua kata dekat gua “dulu aku Google nama fakulti ni, aku jumpa blog kau lah.” Gua senyum. Tak tahu patut rasa apa.

Lama tak tulis blog, kali ni gua update panjang gila. Selalunya bila semester bermula, gua jarang online.Sebab gua tak ada broadband.Jadi, waktu diploma dulu gua dan seorang atau dua tiga orang kawan selalu ke perpustakaan untuk online.Mula-mula, ada sekatan.Hanya selepas 5 petang sahaja boleh online, lama-lama, dia tak peduli pun.

Tapi dekat sini gua tak boleh pergi perpustakaan kerap-kerap pasal semua benda jauh.Gua cuma boleh pergi perpustakaan sekali je seminggu.Satu hari je yang gua betul-betul lapang.Jadi, bila pergi gua take time 2-3 jam juga dekat perpustakaan tu. Jarak antara satu tempat ke satu tempat adalah RM 1 (maksudnya tak jauh sangat bila naik bas tapi boleh tahan mengah, lecak bila berjalan).Berbanding dengan kampus lama gua, perjalanan ke semua kemudahan sekitar kolej adalah 3 minit – 5 minit.

Gua terimbau lagi kenangan di kampus lama. Selalunya, lepas makan tengah hari gua akan pulang ke rumah, naik ke katil dan tidur. Kadang-kadang tidur gua, dikejutkan oleh panggilan telefon atau bunyi SMS menyatakan kelas petang akan dilewatkan sedikit dalam 10-15 minit. Lepas baca, gua tidur lagi. Kalau pensyarah tak SMS selalunya, gua akan bangun pada waktu sepatutnya. Tapi bila dia SMS gua selalu terlajak.Lalu, gua pun menggelupur turun katil dan kejut kawan gua di katil bawah untuk ke kelas.Haa, orang dah lewatkan waktu masuk kelas, makin lambat pula kita sampai.

Bercakap mengenai rakan sebilik yang gua kejut dan sama-sama lambat ke kelas dengan gua, dia sebenarnya adalah mentor kepada cara-cara menggunakan mesin basuh di kolej gua dulu. Betapa pro-nya dia dengan kehidupan kolej, minggu pertama dia sampai ke kolej (masa ni gua tak kenal dia lagi – dan ini adalah menurut ceritanya), dia terus menghantar pesanan ringkas kepada seniornya yang belajar di kampus yang sama dengan kami, bertanyakan mengenai mesin basuh.Minggu pertama lagi dia dah mesin baju.Gua masa tu masih belajar perah baju kuat-kuat.

Lu orang perasan tak, yang perenggan gua ni makin lama makin panjang ?Makin rancak gua bercerita.

Berbalik kepada soal mesin basuh tadi.Inilah hal yang memberi gua ilham untuk meng-update blog. Gua sebenarnya, cari-cari juga perkataan ‘update’ dalam Bahasa Melayu apa dia, tapi menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun, teruskan dengan cerita mesin basuh tadi. Nilai duit syiling yang perlu dimasukkan pada mesin basuh ini adalah RM 2.50

Masalah bermula apabila nilai duit syiling yang hanya diterima mesin basuh adalah 50 sen dan 20 sen sahaja. Sedangkan, dalam beg dompet gua ada 10 sen sebanyak 13 keping. Gua terus SMS, mentor mesin basuh gua yang sedang berada di rumahnya, dengan berkata “Celaka !Mesin basuh sini terima 50 sen dan 20 sen je.”Gua paling jarang mencarut.Ada beberapa ketika je terlepas.Salah satunya dalam situasi begini.Lagipun, gua baru tahu, dalam filem tempatan boleh sebut ‘Celaka’. Gua ingat tak boleh tapi gua baru tonton filem yang sebut ‘Celaka’ hari tu. Tak ingat pula tajuk apa. Iyalah, ingatkan tak boleh sebut ‘Celaka’ pasal lagu Sheila On 7 yang ‘Oh, CELAKAyaaaa, hanya kau lah yang benar-benar aku tunggu. Kaulah yang benar-benar memahamiku...’ tu kan ditukar kepada‘Oh, SAYANGnyaaaa, hanya kau lah yang benar-benar aku tunggu. Kaulah yang benar-benar memahamiku...’ untuk siaran Malaysia ni. Mungkin juga gua ketinggalan, sebab “Apa Celop ?” (What The Fuck ?)pun boleh jadi tajuk drama dan semua kanak-kanak pun sebut je tanpa bersalah. Gua dah tak dapat nak bidas lagi.

Mental tak kreatif matematik gua ni masih tak dapat nak break code, macamana nak bayar mesin harga RM 2.50 tanpa 10 sen. Jadi, gua pun cuba jelah masukkan 10 sen dekat lubang 20 sen. Perbuatan pelik gua ni tidak dihiraukan pelajar-pelajar perempuan lain yang lalu-lalang belakang gua. Sehinggalah, ada satu akak ni menegur gua dari belakang. Gua bukan sengaja panggil dia akak tapi dia yang tegur gua “Kenapa dik, duit lekat ke ?”

Gua menggeleng sambil berkata “Tak.Testing masukkan duit. 10 sen memang tak boleh ea masuk ?”

Ok, gua pendekkan cerita. Akhirnya, gua berjaya tukar duit 10 sen gua yang 13 keping tadi dengan classmates gua yang sekarang yang duduk level bawah sama dengan mesin basuh tu. Dan sebab dia juga, gua dapat break code macamana nak bayar RM 2.50 tanpa 10 sen.
50sen+50sen+20sen+20sen+20sen+20sen+20sen.
Dan macam-macam formation lain lagi. Contohnya :
50sen+50sen+50sen+50sen+50sen
Inilah pentingnya Mathematic Education.

Sebenarnya, gua pun tak tahu kenapa gua lambat cerna hal ni. Mungkin sebab banyak sangat 10 sen yang gua pegang. Nasib akak yang tegur gua tu sabar jawab semua soalan gua. Walaupun, sekarang gua rasa semua soalan gua pada akak tu dalam situasi tadi sangat mudah. Sebab antara soalan gua kepada akak tu adalah "Kalau macam tu bayar RM 2.60 ke ?"

Update-update juga. Ni gua nak update. 31 Mac 2012 ni, Boco datang lagi. Gua dan geng tak ketinggalan untuk turut serta. Datanglah ke The Zines untuk dapatkan Zine I-Me (Aimi Rosli), NOKSS (9belas), Lagenda Budak Sekolah (Ezralsya), Kecil Tenet (Rayhan Ahmad),Katarsis dan Memo (Alyssa Syakina Ali Sobree).

Tapi gua tak dapat datang Boco kali ni, pasal fakulti gua ada buat modul (yang wajib gua hadiri). Yang pasti, gua akan pastikan zine gua sampai ke event tu. Punyalah ber “gua-lu orang” kononnya macam rebel semacam. Sekali, skema gila. Modul pun tak berani ponteng. Hahaha! Nak buat macamana, gua masih simpan hasrat nak jadi pelajar cemerlang.Memang orang kata keputusan tu cuma sehelai kertas je.Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tapi kalau dapat tukar pinjaman jadi biasiswa, sedap juga kan ?

Mengenai baucer buku tu. Terima kasih. Syukur. Memang cukup-cukup untuk buku teks semua subjek gua.Harga pun, semua tak nak kalah. Mesti lebih RM 50 punya. Dalam hal buku teks ni, gua memang culture shock. Pasal kampus dulu gua tak ada pun belajar pakai buku teks. Ikut jelah, masuk kandang kambing-mengembek, masuk kandang harimau-mengaum. Harap semester depan ada lagilah baucer buku ni.

Kepada yang ada lagi baucer buku tu, just nice lah, nak guna. Tak silap, 31 Mac ni hari terakhir boleh guna baucer buku. Tapi gerai The Zines ni tak dapatlah nak terima baucer buku. Kami peniaga kecil-kecilan je .Jadi, bawalah wang tunai.

Jadi, pergilah Boco untuk membeli buku untuk di’boco’.






Lain kali gua tulis “aku-kau” macam biasa.

Ahhh, tengok moodlah !

3/4/12

datang lagi

status penganggur telah dilucutkan dan bakal memegang status pelajar kembali.
jadi, nantikan 'catatan penganggur' ini.

2/15/12

gambar dari tin sardin

song played : Bright Lights - They Will Kill Us All


Camera: La Sardina Sea Pride
Film: Lomography Color Negative 400 ISO




















pengaruh lomo pertama - artikel 2008 yang disimpan hingga sekarang.