8/31/13

Pendengaran.

Laptop aku dah kembali.

Patutnya aku dah boleh menulis dengan produktif macam apa yang aku bayangkan bila aku tak ada laptop. Tahu jelah manusia ni dengan sikap 'kalau-kalau' nya.

Tapi bunyi dari speaker laptop ni masih pecah. Tak dinasihatkan untuk baiki.
Jadi, aku dalam dilema untuk memilih alat bantu bunyian pada laptop aku. Antara earphone atau speaker. Aku cuma boleh pilih satu.

Aku bukanlah penggemar earphone (dekat sini kau boleh konklusikan yang aku memang tak pernah dengar lagu dalam kelas ketika pensyarah mengajar.) Lagipun, bila pakai lama-lama gegendang jadi sakit.

Earphone juga buat aku macam takut nak nyanyi kuat, takut rupanya aku tengah menjerit. Kalau speaker, aku lebih peka tentang kuat mana dan boleh perlahan kan.

Tapi ramai yang mula bagi pendapat untuk beli earphone atas sebab privasi, katanya. Sebab tak semua orang nak dengar apa yang kita dengar.

Aku mempertimbangkan speaker sebab gempak sikit sound system bila tonton filem dengan kawan-kawan atau ahli keluarga beramai-ramai. Lagipun, ada banyak artikel yang tak menggalakkan pemakaian earphone kan. Tambah pula, dengan speaker bebas wayar jadi boleh bangun dan menari-nari mendengar lagu.

Satulah yang pasal earphone yang aku tak tahu orang lain rasa macam aku ke tak, sebab dah lama aku simpan hal ni tapi tengok tak ada orang utarakan pun.

Betullah, earphone untuk privasi dan tak semua orang nak dengar apa yang kita dengar. Tapi bila yang pakai tu mula menyanyi dan dengar macam tak ketahuan, itu lebih mengjengkelkan. Tambah pula, bila kita dah hint 'Oi, diamlah!' tapi dia tak dengar sebab asyik sangat dengan apa yang didengar dalam earphone tu.

Sekurang-kurangnya bila pakai speaker, apa yang dia sedang dengar tu kita dalam dengar dan rasa tak terganggu sangat.

Tapi jenis yang dengar benda orang lain secara jelasnya tak boleh terima dan dia tak ikut buat bising, patut pakai earphone.


Pandangan, anda ?

8/23/13

Khabar Syawal

Laptop aku rosak. Maksud aku hard disk dia rosak.

Di hari-hari biasa aku akan online guna handphone aku je. Jengah khabar dunia dan kawan-kawan sikit. Sehinggalah suatu hari aku rasa 'online phone biasa: sakit ibu jari menaip banyak. online guna smartphone (pinjam adik) : typo semedang. solusi : offline- online bila laptop siap dibaiki.' Jadi, aku pun masuk ke kamar adik aku sekejap dan pinjam komputer dia.

_______________________________

Cerita 1:

Raya tahun ni aku berkesempatan untuk balik ke kampung aku di Kelantan. Di Machang, ada Pasar Isnin (Pasar Sena) yang terkenal dengan pelbagai barang jualan yang merambangkan mata. Nasib baik juga, dekat Shah Alam aku dah latih diri aku jangan nak beli semua benda. Haha. Jadi tak adalah 'shop till you drop.'

Adik aku -- Isyia, 12 tahun merupakan peminat tegar Khairul Fahmi, penjaga gol skuad kebangsaan.
Jangan pernah  kutuk Khairul Fahmi depan dia sebab dia akan jadi defender hebat.

Ayah dan adik lelaki aku telah menuju ke kereta lebih awal berbanda\ing aku, Isyia dan mak aku. Kami akhirnya pulang dengan barang yang telah kami beli.

"Fuhhh, berhenti Isyia jalan tadi. Terserempak dengan Khairul Fahmi," ujarku ditempat duduk belakang sambil ketawa. 

Isyia tersenyum-senyum. 

"Kat mana ?" ayahku bertanya. Aku rasa memang dia dah sense dah loyar buruk aku.

"Bas. Muka dia dekat bas," jawab aku dan Isyia serentak.

Iklan Belycream (macamana eja ni).

Jumpa jugalah adik aku dengan Khairul Fahmi. 
Malam perlawanan Malaysia vs Barcelona tu kami tak dapat tengok penuh sebab kesesakan lalu lintas.

When you go beraya, there will be this one conversation sounds like;
"Jammed lah wehhh! "
"Keno kelik musim tok rayo baru puah nok berjale"

_________________________________

Cerita 2:

Aku sedang menonton salah satu telemovie dariABCFamily di Yotube ketika adik aku Ain,10 tahun datang mengetuk pintu. Dia memang tahu, aku tak tidur malam.

Biasalah, semasa semester minggu akhir balun buat kerja tak ingat siang malam. Antara rajin atau last minute, fikirlah sendiri. Terbawa-bawa perangai ke rumah. Nanti mula semester, terbawa-bawa perangai tidur awal pula. Mengada.

"Aimi, Ain tak nak tidurlah," sambil berjalan selamba menuju ke katil aku.

"Dah kenapa pula ?" aku kehairanan sebabgai budak sekolah dia dah patut tidur sekarang.

"Ain, excited nak pakai baju raya pergi sekolah esok."

"Hmmmm"


________________________________

Cerita 3:

Manda pernah inbox aku dengan berkata "Fuhh, aku ingat aku sorang je loser bercerita pasal adik-beradik dekat blog. Dia pun cerita juga, ok lahhh." selepas dia membaca blog milik Vlogger terkenal yang aku berikan link.

Hari ini aku inbox Manda "aku online guna desktop adik aku kejap ni tapi kalau taip tak boleh pandang keyboard. nanti panik. kalau taip spontan baru dapat huruf sebenar. kau tahu sebab apa ? sebab huruf dekat keyboard ni dah terpadam."

Dan pernyataan tu dibalas dengan ketawa oleh Manda.

Sempena musim AF nak dekat ni, aku sakan dengar Bersama Kamu nyanyian Rich dan Velvet.
Tapi aku lebih nantikan Super Spontan. Nak tambah skil jadi spontan. Haha.