3/5/15

Parking Lot

“Fuh, maknanya korang dah jauhlah?” soal Paan melalui voicenote dalam aplikasi Whatsapp.

Aku ceritakan momen aku dan rakan pejabat pada Paan dan Manda. Jenis duduk KL tak ada kawan sangat. Jadi hari-hari aku paksa Paan dan Manda dengar cerita aku yang bekerja part-time ni dalam Whatsapp group.

“Apa jauh pulak! Kan ktorang dekat parking lot,” aku taip. Aku tak suka dengar suara aku sendiri.

“Cerita kau ni betul ke?” Manda pula hantar voicenote.

“Betullah! Kau ingat aku berangan ke, tak boleh beza realiti dengan fantasi,” aku klik SEND selesai menaip.

“Tengok bukan aku sorang fikir kau macam tu,” Paan mula taip.

“Tak. Detail kau tu macam fantasi.” balas Manda.

Tetiba Paan undur diri nak pergi memasak. Paan rancang nak buka katering.

Aku pun telefon Manda.

***


“Aimi! Aku baru tengok rancangan motivasi. Sebenarnya, semua orang memang dah ada satu trait dari kecil yang dorang selalu buat ...” balas Manda di hujung talian lepas aku mengadu aku tak tahu nak jawab apa bila orang tanya future plan.

“Lepas tu?” aku tak dapat nak agak hala tuju cerita Manda.
Kawan-kawan yang aku ada ni ada 2 jenis; 1) random 2) sweet talker.
Aku mungkin kat tengah-tengah. Haha!

“Kau dengarlah ni! Macam Ellen dia memang dari kecil kelakar. Tapi take time lah untuk orang discover dia dan jadi famous. Dulu rancangan dia pernah flop tau tak!”

“Haa, yelaa, macam Dato’ Vida dari kecil suka meniaga.” Aku suka rancangan Raikan Wanita tu, tapi tak sempat nak tengok.

“Tapi ... yang paling ramai sekali yang dari kecil memang suka menyanyilah, pandai menyanyi ...”

“Yang itu ... jangan kata dorang. Kita pun sama!” balas aku.
Diikuti gelak tawa tak berakhir di hujung talian.


Aku still pening lagi nak fikir nak apply kerja tetap apa. Mesti aku ada satu kebolehan yang aku boleh rasa yakin tapi ... apa?

No comments: